Salam & Hi.
Firstly, Selamat Menyambut Ramadhan semua.
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat buat kita semua.
Hari ni saya nak kongsi sikit tips untuk ibu hamil ketika bulan puasa ni.
Macam yang kita tahu, dalam bulan puasa ni, ibu-ibu hamil tidak boleh makan kerap macam biasa. Cuma boleh makan 2 kali iaitu waktu sahur dan berbuka. Oleh sebab itu, manfaatkanlah waktu sahur dan berbuka tu. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan
membantu mengekalkan kesihatan dan mengelakkan masalah-masalah seperti
sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya
merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.
Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
1. Tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula
tahap gula yang rendah dalam darah)
2. Susu atau yogurt rendah lemak
3. Sup jernih.
Kemudian, anda boleh makan menu seimbang yang mengandungi:
1. Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka
selera
2. Protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang
pis atau kekacang
3. Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti
bijian penuh
4. Banyakkan makan sayur-sayuran.
Adakah perlu makan sahur jika berpuasa ketika hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan
mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana
ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda
perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan
simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
1. Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan menu berkhasiat
2. Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah
lemak
3. Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat
anda mengalami dehidrasi.
Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas,
kopi atau teh ketika berbuka. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah
adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan
harian anda.
Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran
berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.
Apakah yang perlu dimasukkan dan dielakkan dalam diet ibu hamil ketika berpuasa?
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah
tip-tip di atas semasa makan, dan
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan
berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi
pastikan anda bangun dan makan sahur.
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk
mengelakkan dehidrasi.
Jangan lupa makan supplement untuk memastikan badan anda sentiasa cukup nutrisi.
Set Ibu Hamil Shaklee