Love Of MyLife

Love Of MyLife

Thursday, March 5, 2015

Kebaikan Sustained Release Vita C Shaklee

Salam & Hi


Hari ni saya nak share mengenai salah satu produk Shaklee kegemaran saya iaitu:



Tahukah anda bahawa badan kita tidak mampu menghasilkan dan menyimpan vitamin c? Namun begitu, Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalan untuk badan kita.Maknanya vitamin c tu akan dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam badan kita supaya ianya akan kekal dalam badan untuk satu tempoh masa yang lebih lama. Macam yang kita tau, Vit C ni kan vitamin larut air, so kalau kita makan and then kita berpeluh dengan banyaknya atau sering ke tandas (buang air kecil) vitamin c akan turut keluar dari badan kita. So fungsi sustained release ni sangat membantu dalam memaksimakan kandungan vitamin c dalam badan kita. Jom kita tengok kebaikan Sustained release Vita C Shaklee ni.

 Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. 

 Sustained Release Vita-C mengandungi:

 Kandungan Vitamin C yang tinggi.
 Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
 Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.


 
1.  PERANAN VITAMIN C

 Sangat sesuai kerana ia terlklibat di dalam banyak aspek kesihatan kita.Seperti :
- Membina dan membaiki – tukang, gigi, fusi, dan tisu penyambung
- Membentuk kolagen yang penting untuk menyambung struktur otot,tisu , tulang dan bahan yang, menyelaputi sendi dalam tubuh.
- Memelihara saluran darah yang sihat
- Paling penting sebagai kuasa penyembuh

2. AKIBAT KEKURANGAN
 Rasa letih
 Gigi gugur
 Saluran darah kecil,senang pecah
 Luka lambat pulih
 Penyakit Anaemia (kurang darah)

3. VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

 Mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara dan air. Contohnya merokok  sekotak boleh membakar 500mg Vitamin C
 Mudah musnah kerana stress (tekanan) – fizikal dan mental
 Musnah oleh oksigen. Contoh pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yang terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vitamin C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi

4. FUNGSI VITAMIN C

 Membantu meninggikan taraf sistem pertahanan badan (antibodi)
 Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
 Sangat penting untuk gusi dan gigi
 Perokok atau mereka yang selalu bergaul dengan perokok memerlukan Vitamin C
 Membina kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu badan
 Membantu dalam proses penghadaman dan penyerapan zat besi
 Individu yang mengalami stress atau keadaan penat, letih ,lesu serta kesibukan. Membantu mengembalikan hormon stress. Lagi kuat stress lagi banyak vitamin C diperlukan
 Bertindak sebagai anti-kimia yang menjadi racun seperti nitrates dan nitrites
 Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dengan menghadkan ‘oxidation’ terhadap kolestrol jenis jahat (bad LDC Cholestrol)
 Antioksidan
 Membentukkan sel-sel darah yang baru
 Membantu memulihkan selsema, resdung dan bersin pada waktu pagi
 Membantu dalam proses  pemulihan luka dan kudis
 Mencegah penyakit barah
 Bertindak sebagai “Protector Gate” – setiap masa berada di dalam badan kerana Vitamin C adalah jenis larut air

5. HASIL PENYELIDIKAN (R & D)

 Tindakan Vitamin C melawan kanser. Pengambilan Vitamin C yang tinggi  akan mengurangkan risiko beberapa jenis kanser : (Pengambilan 1000 – 5000mg sehari)

(a) Kanser oral cavity
(b) Kanser esophagus (kerongkong)
(c) Kanser digestive tract (saluran penghadaman)
(d) Kanser serviks
(e) Kanser rektum
(f)  Kanser payu dara
(g)  Kanser paru-paru

 Jangka hayat yang panjang

6. SUMBER VITAMIN C

TAPI untuk berkesan kita perlu ambil RDA 120mg sehari. Adakah kita telah mengambil secukupnya ?
 Buah oren - 4-5 hidangan
 Buah tomato - 4-5 hidangan
 Buah betik
 Galian

7.  MENGAPA SUSTAINED RELEASE  VITAMIN C 500mg SHAKLEE

 Vitamin C pertama yang natural yang bertindak secara Sustained release. Berfungsi secara perlahan untuk berkuasa selama 24jam dalam tubuh badan
 Satu tablet membekalkan 500mg Vit C. Bersamaan 8 biji buah oren
 Rumusan unik yang membenarkan pelepasan Vit C tulen secara perlahan dan berterusan selama 5 jam (100mg  dilepaskan setiap satu jam)
 Diuji secara klinikal. Diambil 2 X selang 5jam akan mengekalkan paras Vit C plasma lebih 24jam
 Bekalkan  ‘ Bioflavinod’ dalam jumlah yang seimbang (120mg)
 Bagi kanak-kanak dan mereka yang menghadapi masalah menelan tablet, Shaklee ade Vit C yang boleh dikunyah
 Tiada pembaziran

Vitamin C terlibat dalam banyak proses biokimia di peringkat sel. Setiap detik, badan kita perlu ada di dalam selnya sebanyak 5000 mg Vit C. Kita sentiasa kekurangan kerana Vit C sering digunakan dan mudah rosak. Sel-sel badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin ini kerana kita tidak mempunyai enzim (gulono-lactone oxidase) yang diperlukan untuk menukar glukos kepada kimia 2- Keto L Gulono-lactone untuk hasilkan Vit C. Untuk dapatkan 5000 mg Vit C , kita perlu makan 50 biji oren sehari kerana sebiji oren mengandungi 100mg Vit C !

So anda dah tau kelebihan Vita C Shaklee kan?
Anda patut mencubanya. Sekali cuba pasti akan berkali-kali jatuh cinta.
Hubungi saya untuk dapatkan Vita C anda dengan harga mampu milik.
0173618483
Konsultasi diberikan secara percuma.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.

SalamSayang

No comments:

Post a Comment