Salam & Hi
Mesti ramai orang yang alami masalah haid tak teratur.
So jom kita tengok macamana hal ini terjadi dan bagaimana nak atasi masalah haid tidak teratur ni.
Haid tidak teratur ni adalah keadaan dimana bulan ni datang bulan depan tidak, kadang-kadang 2-3 bulan baru datang. Kadang2 setahun sekali datang haidnya. Anda seharusnya risau kalau anda ada masalah ni. Haid yang datangnya tak menentu seolah-olah jadikan seorang wanita tu tak sempurna. Mana taknya, bagi yang merancang nak dapatkan zuriat, ianya menjadi lebih sukar sebab waktu subur seorang wanita itu bergantung kepada kitaran haidnya kan. Dah kalau kitaran haid tak betul, macamana nak tau waktu subur kan?
Jom kita tengok, apa tu kitaran haid?
Kitaran haid adalah siri bulanan perubahan yang dilalui oleh badan wanita dalam persediaan untuk kehamilan. Setiap bulan, ovari akan melepaskan satu ovum ataupun bahasa mudahnya telur. Pada masa yang sama, perubahan hormon dalam badan akan menyediakan keadaan yang sangat sesuai bagi proses kehamilan. Jika ovum yang dilepaskan tadi tidak disenyawakan, (ovum+sperma) ovum tadi akan luruh bersama lapisan tisu endometirum yang ada rahim wanita itu. Maka terhasillah darah haid tu.
Macamana nak tahu haid normal atau tidak?
Kitaran haid dikira dari hari pertama keluarnya darah haid. Tempoh kitaran haid itu selalunya antara 21 hingga 34 hari. Itu pun bergantung kepada badan individu itu sendiri. Ada yang 30 hari tempoh dari hari pertama kitaran, ke kitaran seterusnya. Ada yang 20 hari. So kitaran haid bagi setiap orang tak sama ya. Makin meningkat umur seseorang wanita itu, kitaran haid akan turut bertukar. Maklumlah, makin tua, hormon makin kurang.
Haid tak teratur, macamana tu?
Kitaran haid tidak menentu tu bermaksud tempoh masa antara 1 kitaran haid ke kitaran bulan seterusnyaadalah tidak tetap. Contohnya, jarak tempoh haid bulan ni ke tempoh haid bulan depan adalah 30 hari, tapi untuk kitaran seterusnya, ianya jadi 25 hari, 35 hari dan bukannya tetap 30 hari.
Contoh kitaran haid- 28 hari
Apakah yang menyebabkan haid tidak stabil?
Kitaran haid boleh jadi tak normal disebabkan oleh perkara-perkara berikut:-
- Kehamilan atau menyusukan bayi. Tempoh lambat haid boleh memberi tanda awal kehamilan. Menyusu juga biasanya melambatkan kedatangan haid selepas kehamilan.
- Gangguan pemakanan, penurunan berat badan yang melampau atau senaman berlebihan. Gangguan makan - seperti anoreksia nervosa - penurunan berat badan yang melampau dan peningkatan aktiviti fizikal boleh mengganggu haid.
- Sindrom Polycystic ovari (PCOS ). Ini gangguan hormon yg boleh menyebabkan cyst kecil untuk terjadi pada ovari dan haid yang tidak teratur .Wanita dengan PCOS mempunyai gangguan fungsi ovari kronik yang tidak normal dan tahap androgen yang luar biasa tinggi androgen (hiperandrogenisme). Androgen adalah hormon seks lelaki.
- Kegagalan ovari pra-matang . Kegagalan ovari pramatang merujuk kepada kehilangan fungsi ovari yang normal sebelum umur 40 iaitu haid terhenti sebelum mencapai usia 40thn. Wanita yang mempunyai kegagalan ovari pra-matang mungkin mempunyai haid yang tidak teratur atau jarang dalam setahun.
- Penyakit keradangan pelvis (PID ). Jangkitan organ-organ pembiakan boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak teratur.
- Fibroid rahim. Fibroid rahim adalah ketumbuhan bukan barah rahim. Mereka boleh menyebabkan pendarahan haid lebih banyak dan tempoh haid menjadi lama.
- Gangguan tiroid (Hyperthyroidism or hypothyroidism)- haid yang tidak teratur mungkin disebabkan oleh gangguan tiroid. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang mempengaruhi metabolisme badan kita.
Bagaimana nak atasi masalah ni?
Rawatan adalah bergantung kepada individu itu sendiri dan punca kenapa masalah ini berlaku. (So kena tau dulu punca untuk atasi masalah ni). Dapatkan pendapat dan pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar sakit puan jika mengalami tempoh haid tidak stabil dalam satu tempoh masa yang panjang. (Kalau tak datang haid sebab hamil, alhamduillah. So check betul2 dulu sama ada anda hamil atau tidak). Jika masalah ini berlaku sebab hormon yang tidak stabil, PCOS mahupun fibroid, GLA COMPLEX adalah cadangan supplement untuk anda bagi memperbetulkan semula hormon dalam badan.
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause.
Jom tengok testimoni insan yang berjaya betulkan kitaran haid beliau dengan pengambilan produk Shaklee iaitu GLA Complex, VitaLea, B-Complex dan Vita C Shaklee.
Alhamduillah. Syukurkan kalau dapat atasi masalah haid tak teratur ni.
Pada mereka yang ada masalah ni, anda boleh cuba set ni.
Dapatkannya dengan harga istimewa dari saya. Konsultasi akan diberikan secara percuma.
Hubungi saya 0173618483
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana saja anda berada.
SalamSayang
Assalammualaikum . Masalah haid tidak teratur sememangnya sangat penting untuk diambil berat . Terutamanya untuk wanita yang telah berumahtangga yang ingin menimang cahayamata.Tips Atasi Masalah Haid Tidak Teratur Dengan Selamat Dan juga Berkesan
ReplyDeleteAnda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)
Assalammualaikum . Masalah haid tidak teratur sememangnya sangat penting untuk diambil berat . Terutamanya untuk wanita yang telah berumahtangga yang ingin menimang cahayamata.Tips Atasi Masalah Haid Tidak Teratur Dengan Selamat Dan juga Berkesan
ReplyDeleteAnda mesti sayangkan diri anda kan ??Jom lah sama sama kita berubah untuk kehidupan yang lebih baik .Sekiranya anda ada apa apa kemusykilan atau pertanyaan berkenaan masalah kesihatan anda , jangan tangguh tangguh lagi untuk hubungi saya (Whatsapp +60107096284 Aini)
wah.. baru tahu. banyak juga yer antara punca period tak teratur.
ReplyDeletecara atasi period yang lebih dari 15 hari