Love Of MyLife

Love Of MyLife

Thursday, February 12, 2015

Tips atasi badan lesu dan lemah bagi mereka yang bekerja

Salam & Hi semua.


Sihat ke? Moga kita semua diberi kesihatan yang baik hendaknya.
Kalau bercakap pasal badan lesu, letih-letih, pastinya bagi mereka yang bekerja, ini adalah cabaran utama bagi mereka setiap hari.
Bayangkan bangun awal setiap pagi dan keluar mencari rezeki, dah nak malam baru sampai rumah balik. Kerja ofis, duduk dalam aircond tak semestinya tak penatkan. Maklumla bagi saya bekerja pakai otak sangatlah letih,  Senang cerita, kalau kata kerja tu takde yang senangla kan.

Dah pasti untuk yang bekerja, mesti anda nak buat kerja sebaik mungkin kan?
Takkan nak buat ala kadar asalkan siap. Mesti nak buat yang terbaik dan setimpal dengan gaji yang kita dapat bulan-bulan. Baru la berkat gaji tu ye tak? So sudah pastinya rasa lesu dan lemah badan akan menjadi faktor utama yang menyebabkan anda gagal fokus dalam melakukan kerja anda. Bila badan lesu dan lemah, mata pun confirm akan mengantuk. Kerja haruslah jadi 'bersepah'.



Mengikut kajian, antara faktor yang sebabkan badan jadi lesu dan lemah adalah:

1. Tak cukup tidur yang berkualiti– Tidur adalah satu masa yang sangat penting untuk badan kita. Masa kita tidur lah organ-organ semua akan berfungsi secara minimum. Dalam erti kata lain, dapatla organ-organ badan kita berehat kan. Ada orang cakap kita perlu tidur 7-8 jam sehari.tapi bagi saya waktu tidur tu bergantung dengan umur kita. Yang penting kita dapat tidur yang berkualiti.

“Daripada rahmat-Nya (Allah) menjadikan bagi kamu malam dan siang untuk kamu berehat dan mencari rezeki, mudah-mudahan kamu bersyukur." (Surah al-Qasas)

2. Tak dapat rehat yang mencukupi – tengok rutin harian anda. Adakah anda dapat rehat yang mencukupi? Ataupun anda terlebih rehat? Kalau anda rasa anda kurang rehat, carilah masa untuk berehat. Mesin pun ada masa kena off, inikan pulak kita manusia. 

3. Tak makan makanan berkhasiat – 'You are what you eat'. Saya sangat bersetuju dengan quote tu. Apa yang kita makan akan jadi darah daging dan sumber tenaga. Kalau kita asyik makan, makanan yang tak berkhasiat, haruslah badan pun jadi lesu dan tak bermayakan. Zaman sekarang ni, ramai makan apa saja asalkan mereka rasa kenyang tanpa memikirkan khasiat makanan itu.

4. Mengabaikan sarapan pagi – Ini adalah faktor yang sangat penting. Sibuk mana pun seseorang itu, sarapan jangan pernah tinggal. Tak perlu makan nasi lemak bagai, dapat sekeping roti pun jadilah buat alas perut. Yang penting perut tak kosong bila anda mula bekerja. Barula otak dapat berfungsi 100%.

5. Stress –  Sememangnya stress boleh menyebabkan badan letih dan tak bermaya. Sentiasa stress dan beraura negatif adalah tidak bagus untuk kehidupan kita. Jadi kalau boleh, hindari stress sebab ia membuatkan anda berasa lemah. Always positive ya!

So tu antara faktor yang menyumbang kepada badan lesu dan lemah.
Untuk atasi masalah ni, anda perlu atasi faktor-faktor tersebut.
Anda juga boleh amalkan vitamin-vitamin Shaklee yang dapat membantu membekalkan tenaga kepada anda disamping menyihatkan badan.

Testimoni. Testimoni. Testimoni.



Anda nak cuba vitamin Shaklee yang dapat membantu anda atasi masalah badan lesu dan lemah?
Anda boleh cuba:

Vita-Lea
B-Complex
Energizing Soy Protein (ESP)
Sustained Release Vit C
CoQ Health Plus

Hubungi saya untuk pertanyaan mengenai produk atau nak dapatkan produk ni dengan harga istimewa.
0173618483
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana sahaja anda berada.
Konsultasi diberikan secara percuma.
Anda pasti akan jatuh cinta jika anda dah cuba produk Shaklee

SalamSayang

No comments:

Post a Comment