Love Of MyLife

Love Of MyLife

Tuesday, July 8, 2014

10 Tabiat Membuatkan Wanita Menjauhi Lelaki

Salam & Hi

Hari ni nak share sikit mengenai tabiat lelaki yang buat wanita menjauhkan diri.
Tak sempat nak ngorat. Hehe kadang2 jejaka2 ni tak perasan ada yang tak kena kat diri mereka yang boleh buat wanita dan orang disekeliling berasa tidak selesa.

Dalam memenangi hati wanita apa yang penting adalah penampilan luaran. Biar pun ada yang ckp, jangan nilai buku dari luaran, namun first impression tu penting.

Ok jom kita tengok apa antara perbuatan yang sering dilakukan atau yang tak pernah anda hiraukan namun sebenarnya menjengkelkan wanita.

1. Kuku yang panjang.


Ada sesetengah lelaki gemar menyimpan kuku panjang.
Kuku panjang selalunya memberikan gambaran negatif pada kaum wanita bahawa lelaki itu pengotor.

2. Bulu hidung panjang.




Jangan disebabkan kemalasan, anda membiarkan bulu hidung tumbuh dengan bebas dan jayanya. Tabiat ini menggelikan wanita.

3. Nafas berbau.



Ada sesetengah lelaki tidak mengambil berat mengenai masalah nafas berbau. Sepatutnya mereka cuba untuk mengatasi masalah ini. Nafas berbau akan membantutkan langkah pertama dalam perkenalan. Bayangkan anda baru nak bagi salam, si dia terus menutup hidung dan beredar.

4. Masalah bau badan.



Mereka yang bertubuh besar selalu mengalami masalah ini. Ia membuatkan orang sekeliling berasa tidak selesa dan geli.

5. Rambut basah.
Ada lelaki yang terlalu obses menjaga penampilan rambut sehingga mereka menggunakan minyak rambut secara berlebihan.

6. Rambut terlalu keras.



Pemakaian wax juga tidak perlu keterlaluan. Ini kerana ianya membuatkan rambut anda kelihatan seperti dawai. Biarkan rambut anda bebas semulajajadi.

7. Banyak bintik hitam di muka.



Sekiranya anda ada masalah bintik hitam di muka, berusahalah untuk merawat dan membuangnya. Ini kerana wanita akan asyik memandang bintik hitam itu ketika kamu asyik bercakap. Gunakan produk penjagaan kulit yang bersesuaian.

8. Gigi berkarat.



Kepada yang merokok, ini merupakan masalah besar. Dptkan rawatan pembersihan gigi apabila perlu. Ini kerana senyuman dengan gigi berkarat adalah sangat menggelikan wanita.

9. Sendawa



Jangan sesekali sendawa di khalayak ramai walaupun ia perkara biasa bagi anda. 

10. Kebersihan telinga.
Mungkin kerana telinga beradabpada kedudukan yang sukar untuk dilihat membuatkan lelaki tidak mengambil berat mengenainya. Walaupun anda tidak dapat melihatnya, namun anda perlu tahu orang lain mampu melihatnya.

Haaaa so kepada lelaki2 di luar sana, cua check balik ada tak tergolong dalam golongan di atas. Kalau ada, anda mampu mengubahnya.


Nak beli produk kecantikan Shaklee? 
Boleh beli disini..

Dapatkan Set Kecantikan @ Kehenseman Anda Di Sini!



Nak join Shaklee?
Boleh hubungi saya 0173618483
COD Putajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana sahaja anda berada.







No comments:

Post a Comment