Love Of MyLife

Love Of MyLife

Tuesday, July 22, 2014

Hepatitis B? Jangan Ambil Mudah!

Salam & Hi


Amacam puasa? Kejap je dah separuh bulan kita berpuasa kan.
Tak sampai seminggu lagi kita dah nak raya.
Dah buat persediaan ke?
Tahun ni saya & family raya alakadar je.
Inchik suami saya kena oncall on hari raya.
So hanya saya & anakanda tercinta je. Balik kmpg.
Oklah, arini dapat sikit info mengenai Hepatitis B.
Dengar nama penyakitnya pun dah rasa gerun.
So jom kita usha2 sket ape itu Hepatitis B.

Apa itu Hepatitis B?



Hepatitis B adalah jangkitan virus Hepatitis B pada hati. Dah nama pun hepa kan, so ianya memang berkaitan dengan hati. Jangkitan ini mengakibatkan kerosakan pada hati dan seterusnya boleh menyebabkan kanser hati. Namun begitu penyakit ini boleh dirawat sekiranya gejala2  penyakit dapat dikenalpasti dari awal. Kadangkala, tanpa sedar seseorang itu tidak mengetahui bahawasa dirinya di jangkiti virus berkenaan melainan mereka menjalankan ujian makmal ke atas sample darah mereka.

Penyakit Hepatitis B Akut

Gejala biasanya berlaku di kalangan dewasa:
1. Demam
2. Letih lesu
3. Hilang selera makan
4. Loya
5. Muntah
6. Sakit perut
7. Jaundis
8. Air kencing berwarna gelap

Penyakit Hepatitis B Kronik

Biasanya berlaku di kalangan kanak2 dan bayi. Tanda2nya adalah:
1. Kerosakan hati
2. Sirosis hati
3. Kegagalan hati
4. Kanser hati


Bagaimana ianya merebak?

Virus ini merebak melalui:
1. Darah dan produknya
2. Cecair badan iaitu melalui hubungan sex
3. Tatu
4. Berkongsi jarum
5. Ibu  kepada anak semasa proses kelahiran.



Ianya tidak merebak melalui:
1. Berpelukan
2. Ciuman ringan
3. Berpegang tangan/ sentuhan
4. Susu ibu
5. Berkongsi makanan
6. Berkongsi pinggan mangkuk
7. Batuk atau bersin

Pencegahan

1. Dapatkan vaksin Hepatitis B sebanyak 3 dos.
2. Jangan bertatu atau bertindik kecuali menggunakan peralatan baru atau peralatan yanhntelah di sterile kan.
3. Jangan berkongsi jarum, pisau cukur, pemotong kuku, berus gigi atau sebarang perkakas peribadi yang kemungkinan boleh dicemari darah.
4. Guna sarung tangan bila mengendalikan kerja yang terdedah dengan risiko jangkitan.
5. Jika anda terdedah dengan risiko jangkitan, dapatkan ujian saringan di klinik atau hospital berdekatan sebelum terlewat.

Sekiranya anda dijangkiti:

1. Jumpa doktor dan bincang mengenai rawatan.
2. Dapatkan rehat yang cukup
3. Hindari alkohol
4. Jangan ambil sebarang ubat ubatan tanpa nasihat doktor.
5. Amalkan gaya hidup sihat
6. Amalakan sex selamat
7. Jangan derma darah atau organ
8. Maklumkan pada pasangan mengenai status hepatitis anda. Galakkan mereka untuk melakukan ujian saringan.
9. Jangan lakukan aktiviti yang berisiko meyebarkan jangkitan.

So harap2, info ni bermanfaat kepada anda.
Moga kita semua terhindar dari sebarang bahaya.
Amin...

Nak beli tonik hati Shaklee?



Nak beli Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi saya.
0173618483




No comments:

Post a Comment