Love Of MyLife

Love Of MyLife

Monday, July 7, 2014

5 Etika Bekerja Untuk Mendapatkan Rezeki Yang Berkat

Salam & Hi




Lama rasanya tak berblog. Lately busy sket. Maklumla student tengah praktikal kan.
Anyway, sempena bulan Ramadhan ni, nak story sikit pasal rezeki yang berkat.
Kadang-kadang kita tak sedar, ada kekurangan dalam setiap pekerjaan yang kita buat. Dan kadang-kadang kekurangan itu menyebabkan rezeki kita kurang mendapat keberkatan ALLAH SWT.

Kerja yang diredhai ALLAH dan disertai dengan niat kerana ALLAH akan menjadi satu ibadat.

Islam menggariskan 5 etika bekerja yang harus dipatuhi untuk mendapatkan rezeki yang berkat.


1. Ikhlas dan Amanah
Bererti bekerja dengan sepenuh kerelaan dan dengan hati yang suci untuk mencari keredhaan ALLAH. Kita perlu sedar bahawa kita yang meminta kerja iaitu memikul tanggungjawab bukannya dipaksa. Bila berbicara mengenai tanggungjawab, kita tahu bahawa tanggungjawab itu tak boleh dipersia-siakan dan diambil mudah. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak manfaat bagi sesama manusia" (Riwayat Al-Quda)


2. Cekap dan tekun
Ketekunan adalah sifat yang amat diperlukan oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas sekiranya tekun dalam menjalankan tugas. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya ALLAH SWT suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun". (Riwayat Al-Baihaqi)


3.Bekerjasama
Sikap bantu membantu dan bekerjasama adalah sangat penting dalam melaksanakan tugas. Ia akan menimbulkan suasana kerja yang aman dan gembira. Ini membuatkan pekerja berasa selesa untuk menjalankan tugas.


4. Mengabdikan diri kepada ALLAH SWT
Setiap yang kita lakukan haruslah dengan penuh kesedaran bahawa jawatan ataupun tugas yang kita sandang ini adalah amanah ALLAH SWT. Sekiranya tidak ditunaikan dengan sebaik-baiknya, bererti kita tidak menunaikan amanah ALLAH.


5. Pekerjaan Halal
Carilah kerja yang halal, jauh dari unsur penipuan dan penindasan.. Bukan itu sahaja, jika kita menunaikan kerja dengan sewajarnya seperti ponteng, mencuri masa membuat kerja peribadi dan melengah-lengahkan pekerjaan, ianya juga termasuk dalam perbuatan yang mengundang ketidakberkatan rezeki. Kita mungkin terlepas dari hukuman dunia namun di akhirat, tiada yang dapat terlepas dari hukuman ALLAH.

Kredit kepada Majalah Mingguan Wanita



Moga mendapat manfaat dan boleh dipraktikkan.


Nak beli Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi Saya 
0173618483

No comments:

Post a Comment