KRISIS PENYEMBUHAN
Apakah yang
dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang
mengambil masa untuk membersihkan dan membina semula sel-sel badan yang telah
rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk
menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang
hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau
simptom yang membuat rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis
penyembuhan. Dalam perubatan china, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan
krisis penyembuhan.
Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas
mengambil makanan tambahan?
Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi
molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan
bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan
merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan,penyingkiran,
menggantikan tisu lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan
berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak
pergerakkan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani
proses menyahtoksin. Bayangkan sekirannya badan anda seperti besi paip yang
berkarat dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak
karat akan terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan
menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat
di seliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, papip tersebut
akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
YA, krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang
menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.
Sesetengah orang akan berfikir yang simptom merekan menjadi semakin teruk,
tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata
petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang
sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada oarang yang sihat
sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapatkan tindak balas
darui perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang
sama semasa krisis penyembuhan?
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan
mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan
dan mereka yang lain hanya merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga
berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan. lebih teruk lagi krisis
penyembuhannya.
Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis
penyembuhan ini?
Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu
tersebut. Ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau berbulan
lamanya.
Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan
tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan. saya masih
lagi tidak merasai sebarang perubahan, mengapa?
Secara umunya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan
tambahan, anda sepatutnya telah merasi perbezaannya (contoh : Tenaga bertambah,
pergerakan sistem usus yang baik,dll). Sekiranya tiada sebarang peningkatan,
anda kemungkinan mempunyai masalah seperti :
Tidak mengamalkan setiap hari
Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari
mangambilnya
Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup
yang tidak sihat
Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang
panjang untuk sembuh
Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang
keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan.
Mengalami masalah emosi
Mengalami masalah emosi
No comments:
Post a Comment