Love Of MyLife

Love Of MyLife

Saturday, April 26, 2014

Senggugut Dan Wanita! Ketahui Puncanya.

Senggugut? Sakitkan? Alhamdulillah saya antara manusia yang dipilih ALLAH untuk merasa 'nikmat senggugut'. Bak kata orang, 'apalah sangat sakit senggugut tu berbanding sakit bersalin'. Tapi kalau boleh kita elakkan sakit, why not kita cuba kan.
Sebelum nak story ngan lebih lanjut, meh kita tengok, ape sebenarnya itu senggugut.


Apakah itu sebenarnya Senggugut?



Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.

Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". 


Terdapat dua jenis senggugut

1. Senggugut Primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor.
Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.
Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.


2. Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.
Sebab-sebab:

Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
Cyst Ovari dan tumor
Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.


Tanda-tanda

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di bawah:

  Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.  
Senggugut primer: Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
Senggugut sekunder: Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
Haid yang tidak tetap
Kesakitan antara haid
Pendarahan yang bertamban banyak
Lelihan dari faraj
Kesakitan ketika melakukan seks
Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang.
Loya dan muntah, cirit-birit.


Bolehkah senggugut dicegah?

Senggugut boleh dicegah dengan pengambilan pil tahan sakit. 

Cara lain mencegah senggugut adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.

Perbaiki diet: Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
Kurangkan garam
Variasikan pilihan minuman: Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Anda juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu: Beritahu doktor anda sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan anda yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
Kekal aktif: Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
Berhenti merokok
Tenangkan fikiran: Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
Tuam perut: Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda. 
Tarik nafas dalam-dalam: Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Bagi permasalahan ini, produk berikut adalah yang terbaik saya sarankan.



 GLA Complex

Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkanasid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Ostematrix

Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain.
Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

B-complex

Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkankesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.
Berminat nak cuba Set Senggugut @ PMS Shaklee?

Hubungi untuk pertanyaan mengenai produk @ untuk pembelian.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan behampiran.
Pos laju -> Dimana saja anda berada =)
Whatsapp/Wechat/SMS 0173618483

Nak beli produk dengan harga ahli?
Mari sertai Shaklee! Dengan hanya bermodalkan RM65 seumur hidup, anda dapat:
1. Beli produk Shaklee dengan harga ahli.
2. Kumpul point dengan setiap pembelian dan dapat bonus dalam bentuk tunai setiap bulan.
3. Dapat peluang menjana pendapatan bersama Shaklee dibawah bimbingan master2 yang awesome.
4. Dapat insentif 3C iaitu Cash (wang tunai), Car (bonus kereta) dan Convention (Local & International)

Credit to:http://mynutrisisihatcantik.blogspot.com

* DISCLAIMER: Segala perkongsian mengenai produk dan testimoni bukanlah bertujuan untuk merawat, menyembuhkan dan menganalisa sebarang masalah kesihatan anda. Sekiranya anda ada masalah kesihatan, mohon berjumpa dengan doktor bertauliah

No comments:

Post a Comment