Berikut adalah 10 sahabat Rasulullah yang telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT.
1. Abu Bakar As-Siddiq ra
Beliau adalah khalifah pertama
sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki
pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam
sejarah, bahkan juga didalam Quran sebagaimana berikut :
“Jikalau tidak menolongnya
(Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang
kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang
dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua,
diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah
bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan
membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan
seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang
tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat ke-40)
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam
umur 63 tahun, daripada beliau diriwayatkan 142 hadits.
2. Umar Bin Al-Khattab ra.
Beliau adalah khalifah kedua
sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi
Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh
yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah
dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad saw diangkat sebagai Nabi
Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan
kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam
berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom
Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam
umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan
Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di
Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya
Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat
oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan
yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci)
sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun
(ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Talib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau
terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin
Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan.
Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai
Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam
umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu
Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam
perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar
dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah
gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64
tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu
Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti
semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah
pada umur 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17
tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh
Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal
dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya,
mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin
Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh
(Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya
melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut
berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang
meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin
Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua
peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam)
karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering
diziarahi oleh kaum Muslimin.
Itulah 10 sahabat baginda yang
dijanjikan Allah dengan syurga. Iman dan Amal mereka sangat hebat sehingga
mendapat ganjaran yang tinggi daripada Allah sejak mereka hidup lagi. Kita semua
pasti mahu ke syurga kerana di sana terdapat infiniti keindahan dan kesenangan.
Akhirat itu pasti. Mari tingkatkan amal dan iman untuk menghadapi akhirat.
No comments:
Post a Comment