Love Of MyLife

Love Of MyLife

Tuesday, April 22, 2014




Migrain? Ape tu? Jom tengok sket ape itu migrain? 
Macamana ianya terjadi?


Migrain berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migrain diklasifikasikan kepada dua jenis : 

a) Classic Migrain

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam auraterjadi dan sakit kepala bermula.

b) Common Migrain

Common Migrain lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.



Apakah punca MIGRAIN?

Migrain berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). 


Punca utama berlakunya migrain ialah:

1) Pemakanan

Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migrain kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migrain. 

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migrain. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migrain.



Bagaimanakah cara mengurangkan kesakitan migrain:

- Mengawal pemakanan harian
- Mengurangkan stress dengan bersenam
- Mengamalkan cara hidup teratur
- Berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migrain.
- Mulakan mandian dari bawah ke atas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migrain.

Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol ataupun ponstant hanya mampu mengurangkan kesakitan migrain untuk jangka masa pendek sahaja. Migrain akan kembali menyerang tanpa amalan gaya hidup yang sihat. Tambahan pula, ubat-ubatan penahan sakit mempunyai kandungan dadah yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada badan kita untuk jangka masa panjang. Pengambilan ubat-ubatan dengan kandungan dadah yang berlarutan boleh menyebabkan masalah-masalah lain khususnya kepada wanita seperti kesukaran untk mendapatkan zuriat ataupun risiko memperolehi bayi yang tidak sihat/cacat.

Sakit kepala yang berlarutan boleh menyebabkan migrain. Jika kita mencapai tahap kritikal migrain, ia boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitif kepada bunyi dan cahaya.



Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAIN?

Gabungan ALFALFA, OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migrain.


Hubungi saya untuk pertanyaan mengenai produk @ untuk pembelian.

COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan behampiran.
Pos laju -> Dimana saja anda berada =)
Whatsapp/Wechat/SMS 0173618483

Nak beli produk dengan harga ahli?

Mari sertai Shaklee! Dengan hanya bermodalkan RM65, anda dapat:
1. Beli produk Shaklee dengan harga ahli.
2. Kumpul point dengan setiap pembelian dan dapat bonus dalam bentuk tunai setiap bulan.
3. Dapat peluang menjana pendapatan bersama Shaklee dibawah bimbingan master2 yang awesome.
4. Dapat insentif 3C iaitu Cash (wang tunai), Car (bonus kereta) dan Convention (Local & International)

Jadi, mari sertai kami!



No comments:

Post a Comment