Love Of MyLife

Love Of MyLife

Monday, May 19, 2014

Memory: Holiday Phuket-Krabi Part 1


Salam & Hai semua.

Hari ni mood agak baik. Mana taknya, kelas sampai pukul 1pm je. Baru siapkan assignment dan skg tengah ade mood nak ber'blog' dek kerana saya masih bertenaga walaupun busy dari pagi. Ini adalah kerana pagi2 tadi saya dah telan Vitalea & Vita C & B-Complex. Ni antara supplement WAJIB saya ambil setiap pagi supaya hari-hari saya lalui akan lebih indah dan bertenaga.

Since final exam dah dekat dan yang lebih dekat lagi adalah study week seminggu, saya mula pikir nak berholiday (walaupun ada exam menanti <- ini namanya tak sedar diri). Tapi still takde pape perancangan lagi. So untuk nak amek mood berholiday, saya nak cerita sket pengalaman saya tahun lepas masa berholiday di Phuket & Krabi Thailand. Memang ohsem gile.
Actually saya berholiday ngan suami, adik dan kawan2 baik saya. 2 malam di Phuket dan 2 malam di Krabi. Transportation kitaorg booked kat PhuketShuttle.com dan hotel plak via Agoda. (Break Point Hotel, Patong)

Hari pertama kitaorg di Phuket, sampai sana dalam pukul 7.30am waktu Thailand. Kalau kat Malaysia dalam pukul 8.30am gitu. Flight amek masa dalam 1 jam. Sampai sana kedai ape pun tak bukak lagi, hotel pun takleh check in. So kitaorang lepak2 area Patong Beach. 





Setelah kematu bontot, kitaorg mulakan sesi berjalan2 cari jalan. Kitaorg takde amek tour guide so mmg merayaplakan. Tempat pertama yang kitaorg nak cari adelah tempat makan. Ade banyak kedai mknan halal kat area Patong Beach tapi sayangnya hanya bukak petang hingga ke tengah malam. Lepas tanya orang, hanya satu tempat halal je yang bukak untuk lunch iaitu dekat Jungceylon Mall. Tu pn satu je kedai yang halal kat food court tu. Nasib baik owner kedai tu kasi pinjam sudu garfu sume. Alhamdulillah. Pas kenyang, kitaorg jalan2 la area mall dan kawasan berhampiran sebelum balik ke hotel untuk check in. 







Pada sebelah malam plak, kitaorg memang dah booked tiket awal2 untuk gie PhuketFantasea Show di Kamala Beach. Bagi saya, ini adelah tempat wajib pegi kalau anda ke Phuket. Ianya merupakan tempat yang memperkenalkan budaya orang Thailand kepada pelancong. Kalau pelancong luar datang Malaysia dan tanya kat mana diaorg bleh tgk tempat kebudayaan kita, mungkin saya susah nak jawab. Kalau di Thailand, PhuketFantasea lah tempatnya. Anyway, tiket yang kitaorg bli tu skali buffet dinner. Mmg pihak sana ada sediakan tempat utk halal and non halal buffet. Mmg best gile la. Bak kata org, makan tak ingat dunia. Pas settle makan, perut sudah kenyang, barula kitaorg masuk tgk show. Nak tau cane rupa shownya, blehla tgk kat YouTube. 














Berakhirlah hari pertama kitaorg di Phuket. Nak tau pasal hari kedua kami di Phuket? Stay tune. Tunggu part 2 ok.


Anyway, nak bli Shaklee? 
Hubungi saya 0173618483




Cara nak atasi masalah gastrik



Gastrik, apakah puncanya?



Gastrik atau istilah perubatannya gastritis. Sejenis penyakit keradangan pada dinding/ pengalas/ mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya keradangan berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Faktor punca berlaku gastrik adalah:

1. Pengambilan alkohol yang kerap dan berlebihan

2. Penggunaan ubat anti keradangan yg bukan steroid (non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti aspirin dan ibuprofen. Ubat-ubat ini selalunya diberikan oleh doktor untuk merawat sakit keradangan sendi (arthritis) dan keradangan lain. Ubat ini boleh menyebabkan gastrik jika diambil dalam jangka masa yang agak lama. Yang penting, jangan makan ubat ketika perut kosong kecuali atas arahan doktor.

3. Jangkitan virus, kulat atau bakteria. Bakteria yang seringkali dikatikan dgn penyakit ini dan merupakan penyebab utama adalah Helicobacter pylori.  Ianya juga boleh menyebabkan peptic ulcer.

4. Pernicious anaemia - satu penyakit kekurangan darah merah di mana perut tidak dapat menyerap vitamin B12

5. Punca lain adalah seperti berlakunya keadaan yang menyebabkan stress melampau seperti trauma, pembedahan major dan luka akibat kebakaran.

6. Tidak menjaga waktu makan dengan betul atau skip meal. Apabila perut kosong, hidroklorik acid dalam perut kita masih akan dirembeskan. So bayangkan dengan pH yang sangat acidic, lapisan tisu perut kita tidak akan mampu menanggungnya. Moral of the story, jangan selalu biarkan perut kosong.

Simptom penyakit gastrik adalah:

Pedih ulu hati
Rasa mual
Rasa perut kembung
Kemungkinan pesakit juga akan muntah
Sendawa (jika berlaku, ianya tidak mengurangkan rasa sakit)
Rasa kenyang dgn hanya makan dlm kuantiti yg kecil
Hilang selera makan
Turun berat badan

Set Gastrik Shaklee terdiri daripada:

ESP
Meneutralkan keasidan dalam perut disebabkan jus gastrik. ESP bersifat alkali dan apabila bercampur dengan asid perut ia akan mengurangkan hakisan pada dinding perut.
Kemudian zat asid amino dalam ESP akan membina sel dan tisu baru pada dinding perut.

Ostematrix
Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
Membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.

B Complex
Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda.
Melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.

Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.

Sedikit pesanan dari yang berpengalaman (iaitu saya sendiri), dalam keadaan anda diserang gastrik, JANGAN:

1. Minum susu. (Bayangkan acid + susu)
2. Kurangkan makanan berminyak.
3. Jangan makan makanan yang susah dihadam. Selalunya makan bubur je.
4. Jangan makan asam, minum minuman bergas. Jaga pemakanan dalam erti kata yang lebih mudah.

Testimoni dari pesakit gastrik yang mengamalkan set shaklee


Credit to http://superbvitamin.blogspot.com/



Hubungi untuk pertanyaan mengenai produk @ untuk pembelian.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan behampiran.
Pos laju -> Dimana saja anda berada =)
Whatsapp/Wechat/SMS 0173618483

Nak beli produk dengan harga ahli?
Mari sertai Shaklee! Dengan hanya bermodalkan RM65 seumur hidup, anda dapat:
1. Beli produk Shaklee dengan harga ahli.
2. Kumpul point dengan setiap pembelian dan dapat bonus dalam bentuk tunai setiap bulan.
3. Dapat peluang menjana pendapatan bersama Shaklee dibawah bimbingan master2 yang awesome.
4. Dapat insentif 3C iaitu Cash (wang tunai), Car (bonus kereta) dan Convention (Local & International)

Ductal Block? Bengkak Susu? Aoucchhhhh!


Bengkak susu? Dengar je dah terasa ngeri. Ibu-ibu kat luar sana mesti penah rasa camne hebatnya kesakitan itu.

Meh kita tengok sikit ape yang dikatakan bengkak susu dan bagaimana nak hadapi masalah ini.

Okey, bengkak susu ni hanya akan berlaku apablila  anda sedang menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi. Bengkak ini terjadi kerana penghasilan susu yang banyak dan tidak diperah mengakibatkan aerola menjadi keras. Ataupun adakalanya ianya berlaku kerana saluran susu itu sendiri tersumbat. Maklumla susu ibu kan lemak berkrim, jadi jika lemak itu berkumpul dan menjadi keras, maka ianya akan menyekat pengeluaran susu.

So, bagaimana kita nak hadapi masalah ni?

1. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap 2 atau 3 jam walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur.
2. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan.Selang selikan payudara.Pada sesi berikutnya,mulakan dengan payudara yang terakhir dihisap.
3. Letakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah untuk memudahkan pengeluaran susu. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola.
4. Perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul.
5.  Jika masih belum membantu, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan lupa inform doktor bahawa anda ibu menyusu. Ini kerana kadangkala bengkak susu yang dibiarkan akan mengundang jangkitan pada payudara anda.
6.  Pakailah bra menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.Elakkan bra yang berdawai.

Antara produk Shaklee yang mampu membantu anda mengatasi masalah ini adalah LECITHIN.
Kenapa? Sebab lecithin merupanya “pengimulsi lemak”. Jadi lecithin akan membantu memecahkan lemak yang menyebabkan saluran susu anda tersumbat. InsyaALLAH tiada lagi masalah bengkak susu.


Hubungi untuk pertanyaan mengenai produk @ untuk pembelian.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan behampiran.
Pos laju -> Dimana saja anda berada =)
Whatsapp/Wechat/SMS 0173618483

Nak beli produk dengan harga ahli?
Mari sertai Shaklee! Dengan hanya bermodalkan RM65 seumur hidup, anda dapat:
1. Beli produk Shaklee dengan harga ahli.
2. Kumpul point dengan setiap pembelian dan dapat bonus dalam bentuk tunai setiap bulan.
3. Dapat peluang menjana pendapatan bersama Shaklee dibawah bimbingan master2 yang awesome.

4. Dapat insentif 3C iaitu Cash (wang tunai), Car (bonus kereta) dan Convention (Local & International)

Salam & Hai.
Just nak share my favorite song by Opick.
Banyak nasihat yang kita boleh ambil dari lagu ni.
Mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang baik bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.
Amin... Semoga ALLAH permudahkan semua urusan kita.
InsyaALLAH

Hayati dan Fahami Lirik lagu ni ye..

Tombo Ati - Opick
tombo ati iku limo perkarane

kaping pisan moco Qur'an lan maknane
kaping pindo sholat wengi lakonono
kaping telu wong kang sholeh kumpulono
kaping papat kudu weteng ingkang luwe
kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
salah sawijine sopo biso ngelakoni
mugi-mugi Gusti Allah njembatani
[2x]

obat hati ada lima perkaranya

yg pertama, baca Qur'an dan maknanya
yang kedua, sholat malam dirikanlah
yg ketiga, berkumpullah dng orang sholeh
yg keempat, perbanyaklah berpuasa
yg kelima, dzikir malam perpanjanglah
salah satunya siapa bisa menjalani
moga-moga Gusti Allah mencukupi
[2x]


10 Wanita Yang Dirindukan Syurga




Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Ciri-ciri wanita yang dirindukan Syurga adalah:

1) Wanita yang taat menjalankan agama.
Siapa yang tak kenal istri Fir'aun, seorang wanita yang taat dan berpegang teguh dengan agama Allah SWT sekalipun dia hidup di bawah seorang suami yang kafir. Allah SWT memberi gambaran yang indah dalam firmanNya : "Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata, "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Firdaus, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim" (QS at-Tahrim (66): 11).

2. Wanita yang berhias dengan amal soleh.
"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar (QS al-Ahzab (33): 35).

3. Wanita yang bagus dalam mendidik anak perempuan.
Aisyah RA berkata, "Ada seorang wanita yang datang menemuiku sambil membawa kedua putrinya. Dia datang untuk meminta. Saat itu aku tidak punya apapun selain sebutir kurma. Akhirnya aku tetap memberikannya kepada wanita tersebut. Lantas wanita tadi membelah sebutir kurma menjadi dua untuk diberikan kepada kedua putrinya. Wanita tersebut tidak makan sama sekali, kemudian berdiri dan pergi. Lalu Nabi SAW masuk menemuiku, maka aku pun menceritakan perihal wanita tersebut, mendengar hal tersebut lantas Nabi SAW bersabda : Barang siapa diuji dengan anak-anak perempuan dengan sesuatu, kemudian dia tetap berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut boleh menjadi penghalang baginya dari api neraka"

4. Wanita yang solat lima waktu, puasa Ramadhan, dan menjaga kehormatannya.
 Jalan menuju syurga bagi kaum wanita sangat terbuka lebar. Di antara amalan yang dapat mengantarkan seorang wanita ke dalam syurga adalah dengan menjaga solat lima waktu, puasa Ramadhan, menjaga kemaluan dan kesucian dirinya serta taat kepada suami. Rasulullah SAW bersabda : Apabila wanita solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, dia menjaga kemaluannya, menaati suaminya, maka akan dikatakan padanya, "Masuklah ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau kehendaki"

5. Wanita yang sabar menerima penyakit.
Menurut hadits Atha' bin Abi Rabbah RA berkata : Ibnu Abbas RA pernah bercerita kepadaku, "Maukah aku tunjukkan kepadamu wanita penghuni syurga? Ada seorang wanita yang datang kepada Nabi SAW dan berkata, "Wahai Nabi, aku menderita penyakit sejenis ayan, apabila penyakit itu kumat aku tidak sadar sampai membuka auratku, berdo'alah kepada Alla agar menyembuhkanku,'Nabi SAW berkata, Apabila kamu mau bersabar maka bagimu syurga, tetapi apabila tidak maka aku boleh mendo'akanmu kepada Allah.' Wanita tadi menjawab.' Baiklah aku bersabar, tetapi do'akan agar aku tak sampai membuka aurat.' Nabi SAW pun mendo'akannya."

6. Wanita yang tidak pernah menyakiti siapapun.
Abu Hurairah RA berkata."Ada yang bertanya kepada Rasulullah SAW, ' Wahai Rasulullah, ada seorang wanita yang rajin solat malam dan puasa di siang hari serta bersedekah juga, tetapi dia menyakiti tetangganya dengan lisannya!' Maka Rasulullah SAW menjawab,"Tidak ada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka!' Mereka bertanya kembali,'Di sana ada seorang wanita yang hanya solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, tetapi dia tidak pernah menyakiti siapa pun?'RasulullahSAW menjawab.'Dia penghuni syurga'.

7. Wanita yang selalu mencari keredhaan suami.
Rasulullah SAW bersabda : Maukah kalian aku khabarkan tentang para wanita penghuni syurga? Iaitu wanita yang pengasih, banyak anak, dan berperilaku baik. Jika ia dizalimi (suaminya marah kepadanya), atau ia berbuat zalim (kepada suaminya) ia akan berkata, "Ini tanganku berada di tanganmu. Aku tidak boleh memejamkan mataku hingga engkau redha padaku".

8. Wanita yang taat kepada suami dalam hal kebaikan.
Hushain bin Muhshin RA berkata: Orang gajiku telah menceritakan kepadaku, "Aku pernah datang menemui Rasulullah SAW untuk sebuah keperluan, Rasulullah SAW berkata, 'Ada apa ini, apakah engkau punya suami?' Aku menjawab,'Ya', Rasulullah SAW kembali bertanya,'Bagaimana ketaatanmu kepadanya?'Aku menjawab.'Aku tidak pernah meremehkan ketaatan dan penganbdian kepadanya, kecuali jika aku tidak mampu.'Rasulullah SAW menjawab,'Lihatlah dirimu,sejauh mana kedudukanmu di mata suamimu,dia adalah syurga dan neraka bagimu.'

9. Wanita yang menyayangi binatang.
Alkisah, ada seekor anjing sedang berada di sekitar sumur air. Anjing itu hampir-hampir mati karena kehausan. Tidak jauh dari sumur, ada seorang wanita pezina dari kalangan Bani Israil. Lantas, dengan sigap wanita itu pun melepas sepatunya dan mengambil air dari sumur, kemudian meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Akhirnya, wanita tersebut diampuni Allah SWT disebabkan perbuatannya (memberi minum anjing).

10. Wanita yang amar ma'ruf nahi munkar.
Allah SWT berfirman : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaknsana. (QS at-Taubah (9):71)

Syaikh Ibnu Utsaimin ra mengatakan, "Di dalam ayat ini terdapat dalil bahawasanya tugas amar ma'ruf nahi munkar bukan hanya khusus bagi laki-laki saja, bahkan kaum wanita juga wajib untuk memerintahkan kebaikan dan mencegah dari yang munkar. Akan tetapi, hal itu dilakukan di medannya kaum wanita, perkumpulan kaum wanita, bukan di perkumpulan kaum lelaki atau di pasar yang banyak kaum lelakinya."

-Semoga dapat menjadi inspirasi buat kita-

Saturday, May 17, 2014

Apa itu Ekzema?


Eczema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Ia akan menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik.

Eczema ini selalu terjadi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Kulit akan menjadi gatal dan melepuh, berair dan jika digaru terlalu kuat boleh berdarah. Punca eczema ini dari kecacatan struktur dan imun yang ada pada gen, yang akan menjejaskan sistem pertahanan kulit. Biasanya kawasan yang mudah terkena eczema adalah muka, siku dan lutut. Oleh kerana benteng pertahanan kulit amat sedikit, memudahkan bahan perengsa dan alergen menembusi benteng kulit dan menyebabkan eczema.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Eczema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Jom kita baca cara merawat eczema dan sakit kulit dengan Shaklee mengikut peringkat umur.

Bayi berumur kurang 1 tahun

Ibu yang menyusukan anak yang mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard.
Selain bagus untuk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
Jika bayi mengalami eczema kering, boleh sapukan Herbal Blend Cream untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih. Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.


Kanak-kanak 1 tahun ke atas

Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat masalah eczema.
Omega Guard membantu masalah eczema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit  dan mengurangkan kegatalan.
Mealshake yang kaya dengan multivitamin juga boleh diberikan untuk memperbaiki kulit yg rosak dan berparut
Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa

Amalkan ESP dan fungsinya adalah membantu menghasilkan sel kulit yang sihat. Bila eczema melanda, sel kulit akan rosak. Jadi ESP membantu mempercepatkan penghasilan sel kulit yang cantik.
Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Ia juga dapat membantu memudarkan parut dengan berkesan. Yang bagusnya Vitamin E Shaklee ini, ia mengandungi ekstrak biji anggur. Ekstrak biji anggur ini lah yang membuatkan kesan pemulihan kulit-kulit yang rosak itu berlaku lebih cepat. Vitamin E ini juga mengelakkan luka dari terkena jangkitan bakteria. Jadi tak perlu risau apa-apa, Vitamin E Shaklee boleh disapu pada kawasan eczema. Ianya memang digunakan untuk memperbaiki sel kulit supaya luka sembuh, dan juga meningkatkan immune sistem yang bertindak melawan eczema. 
Omega Guard ini adalah untuk memastikan kulit kekal lembap. Sepertimana yang kita tau, pengidap eczema mempunyai kulit yang sangat sensitif. Kulit tak boleh kering, kerana ia akan menyebabkan rasa gatal dan pengidap akan mula menggaru. Omega Guard membantu masalah eczema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
ESP dan Omega Guard ini diperlukan bagi mengelakkan ekzema itu terus merebak dan mengjangkiti tempat-tempat lain yg belum dijangkiti. Kedua- dua produk ini merawat kulit dari dalam.
Herbal Blend ini fungsinya adalah untuk melegakan gatal dan pedih-pedih akibat luka ekzema. Bila pakai disapu dengan Herbal Blend, kulit akan rasa sejuk, jadi gatal dan pedih akan beransur hilang.
Boleh juga ambil Meal Shakes yang kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak

Pengambilan Alfalfa boleh diamalkan. Ia bertindak menguatkan sistem dalaman badan dengan menyahkan toksin.

Ni antara produk-produk yang disarankan kepada penghidap eczema. Namun begitu anda boleh memilih mengikut budget anda.

Nak tau dengan lebih lanjut mengenai Set Eczema Shaklee?

Hubungi untuk pertanyaan mengenai produk @ untuk pembelian.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan behampiran.
Pos laju -> Dimana saja anda berada =)
Whatsapp/Wechat/SMS 0173618483

Nak beli produk dengan harga ahli?
Mari sertai Shaklee! Dengan hanya bermodalkan RM65 seumur hidup, anda dapat:
1. Beli produk Shaklee dengan harga ahli.
2. Kumpul point dengan setiap pembelian dan dapat bonus dalam bentuk tunai setiap bulan.
3. Dapat peluang menjana pendapatan bersama Shaklee dibawah bimbingan master2 yang awesome.
4. Dapat insentif 3C iaitu Cash (wang tunai), Car (bonus kereta) dan Convention (Local & International)

Jadi, mari sertai kami!

Alfalfa Complex Shaklee Vs Keputihan


Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.

Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.

Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.


 Kat sini ada beberapa petua orang tua2 untuk menghilangkan keputihan.

Cara Pertama

1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.

2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.

3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.

4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.

5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.

6. Minum air tersebut 2 kali sehari.

7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

Cara Kedua

1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.

2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.

3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.

4. Tapislah air tersebut.

5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.

6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.

7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.



Rasa susahkan nak amalkan petua-petua di ataskan? Jangan risau, Shaklee ada jalan penyelesaiannya.

Apa kata anda cuba Alfalfa Complex Shaklee. Ramai yang dah merasai hasilnya. 




Hubungi untuk pertanyaan mengenai produk @ untuk pembelian.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan behampiran.
Pos laju -> Dimana saja anda berada =)
Whatsapp/Wechat/SMS 0173618483

Nak beli produk dengan harga ahli?
Mari sertai Shaklee! Dengan hanya bermodalkan RM65 seumur hidup, anda dapat:
1. Beli produk Shaklee dengan harga ahli.
2. Kumpul point dengan setiap pembelian dan dapat bonus dalam bentuk tunai setiap bulan.
3. Dapat peluang menjana pendapatan bersama Shaklee dibawah bimbingan master2 yang awesome.
4. Dapat insentif 3C iaitu Cash (wang tunai), Car (bonus kereta) dan Convention (Local & International)

Jadi, mari sertai kami!

Lecithin Yang Ohsem!




Lecithin merupakan antara produk Shaklee yang paling mendapat pemintaan yang tinggi. Ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. Lecithin Shaklee adalah berasaskan soya. Soya kaya dengan lecithin dan semestinya ia bebas kolestrol. Perlu diingat system badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin dengan sendiri. Justeru itu kita disarankan untuk mengambil lecithin berasakan soya ini untuk melancarkan pengurusan berat dan system badan kita.



Antara fungsi Lecithin yang paling best adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusuApa yang istimewa, Lecithin Shaklee ni bebas kolestrol .Bagi yang beli Lecithin bertujuan utk mengawal berat badan boleh ambilnya selepas makan tengahari dan makan malam


Kebaikan Lecithin Shaklee



  • Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. ini kerana lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.
  • Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
  • Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.
  • Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease. lecithin adalah makanan otak dan saraf. 
  • Lecithin dapat membantu masalah insomnia. ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.
  • Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.
  • Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS

Nak try Lecithin Shaklee?

Dapatkan Lecithin Anda Disini!

Hubungi untuk pertanyaan mengenai produk @ untuk pembelian.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan behampiran.
Pos laju -> Dimana saja anda berada =)
Whatsapp/Wechat/SMS 0173618483

Nak beli produk dengan harga ahli?
Mari sertai Shaklee! Dengan hanya bermodalkan RM65 seumur hidup, anda dapat:
1. Beli produk Shaklee dengan harga ahli.
2. Kumpul point dengan setiap pembelian dan dapat bonus dalam bentuk tunai setiap bulan.
3. Dapat peluang menjana pendapatan bersama Shaklee dibawah bimbingan master2 yang awesome.
4. Dapat insentif 3C iaitu Cash (wang tunai), Car (bonus kereta) dan Convention (Local & International)

Jadi, mari sertai kami!

Apa bagusnya Garlic Complex Shaklee?





Atok nenek moyang kita dulu selalu gunakan garlic ataupun bawang putih sebagai ubat untuk pelbagai tujuan, termasuk jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit, jangkitan parasit dan juga sebagai pengganti antibiotic.

Tahukah anda bahawa bawang putih digunakan untuk membersihkan darah dan meneutralkan dalam tubuh kita. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.
Namun begitu,  tidak semua makanan mempunyai kandungan bawang putih yang maksimum untuk badan. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini telah mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk kesihatan.

Jom tengok ape istimewanya Garlic Complex Shaklee.

Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee dalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.
Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif).  Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Kebaikan  Allicin Untuk Kesihatan Manusia

Mengurangkan pemendapan lemak pada salur darah.
Menormalkan keseimbangan lipoprotein
Menurunkan tekanan darah
Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
Berfungsi sebagai anti-oksidan
Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
Bantu rawat asthma

*Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
 

Berminat nak cuba Garlic Complex Shaklee?

Klik Sini!


Hubungi untuk pertanyaan mengenai produk @ untuk pembelian.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan behampiran.
Pos laju -> Dimana saja anda berada =)
Whatsapp/Wechat/SMS 0173618483

Nak beli produk dengan harga ahli?
Mari sertai Shaklee! Dengan hanya bermodalkan RM65 seumur hidup, anda dapat:
1. Beli produk Shaklee dengan harga ahli.
2. Kumpul point dengan setiap pembelian dan dapat bonus dalam bentuk tunai setiap bulan.
3. Dapat peluang menjana pendapatan bersama Shaklee dibawah bimbingan master2 yang awesome.
4. Dapat insentif 3C iaitu Cash (wang tunai), Car (bonus kereta) dan Convention (Local & International)

Jadi, mari sertai kami!


Kurus Sihat Bersama Shaklee!


Set Diet Shaklee

                                                      
Kat dunia ni bila cerita bab kurus, ramai yang teruja nak tahu apa rahsianya. Baik yang buang apatah lagi yang dah berkahwin dan ibu menyusu memang mengidamkan badan kurus, ramping dan langsing. Siapa yang tak mahu kuruskan? Wanita mahu pun lelaki memang mengidamkan bentuk badan yang langsing . Namun begitu pastikan anda mengamalkan program diet yang betul supaya kurus dan sihat. Kalau kurus berpenyakit tak gunala kan.


Mari saya nak kenalkan satu program 
 “ Kurus Sihat Bersama Shaklee”

Shaklee ada vitamin yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan secara ideal. Tapi apa yang penting, kita haruslah berdisiplin dalam menjaga pemakanan, minum air 3L sehari (ini sememangnya keperluan asas setiap manusia, juga membantu untuk membakar lemak ) dan untuk mendapat kesan yang cepat perlulah bersenam.

3 cara untuk menurunkan berat badan dengan Shaklee adalah:


1. Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
Untuk detox vitamin yang sesuai adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak menggalakkan Herb-lax diambil oleh ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.


2. Memecahkan Lemak

Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau Omega Guard. Lecitin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa jua supplemen yang kita makan untuk kurus, kita wajib menjaga pemakanan seharian. Jangan makan sesuka hati. Kurangkan lemak dan minyak serta rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari. (1Liter setiap 25kg berat badan)


3. Membina Otot dengan Protien

Protien sangat diperlukan untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, perkembangan otot, mengawal nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protien dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Kenapa perlu mengambil protien? Untuk menguraikan lemak daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Pastikan protin terkandung dalam setiap makanan jika kita sedang berdiet. Contoh makanan yg kaya protien ialah kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu, kekacang, avokado, ayam, dan tauhu.

Untuk protein terbaik, saya cadangkan Cinch Shake Shaklee. Cinch Shake Shaklee membantu kurus dengan lebih berkesan. Ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan ambil Cinch Shake ni, tetapi gantikan ia dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)


Apa istimewanya Cinch Shaklee? 

Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
Terdapat 24 gram protin dalam setiap sajian
Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan

Soya bukan GMO

Kalau nak kurus dan sihat, jom cuba set diet shaklee.


ataupun jom tengok beberapa tips menarik dari Puan Salwa yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg selepas bersalin.



Hubungi untuk pertanyaan mengenai produk @ untuk pembelian dengan harga mampu milik.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan behampiran.
Pos laju -> Dimana saja anda berada =)
Whatsapp/Wechat/SMS 0173618483
Konsulatasi diberikan secara percuma dengan setiap pembelian.

Nak beli produk dengan harga ahli?
Mari sertai Shaklee! Dengan hanya bermodalkan RM65 seumur hidup, anda dapat:
1. Beli produk Shaklee dengan harga ahli.
2. Kumpul point dengan setiap pembelian dan dapat bonus dalam bentuk tunai setiap bulan.
3. Dapat peluang menjana pendapatan bersama Shaklee dibawah bimbingan master2 yang awesome.
4. Dapat insentif 3C iaitu Cash (wang tunai), Car (bonus kereta) dan Convention (Local & International)

Jadi, mari sertai kami!