Love Of MyLife

Love Of MyLife

Monday, May 19, 2014

Memory: Holiday Phuket-Krabi Part 1


Salam & Hai semua.

Hari ni mood agak baik. Mana taknya, kelas sampai pukul 1pm je. Baru siapkan assignment dan skg tengah ade mood nak ber'blog' dek kerana saya masih bertenaga walaupun busy dari pagi. Ini adalah kerana pagi2 tadi saya dah telan Vitalea & Vita C & B-Complex. Ni antara supplement WAJIB saya ambil setiap pagi supaya hari-hari saya lalui akan lebih indah dan bertenaga.

Since final exam dah dekat dan yang lebih dekat lagi adalah study week seminggu, saya mula pikir nak berholiday (walaupun ada exam menanti <- ini namanya tak sedar diri). Tapi still takde pape perancangan lagi. So untuk nak amek mood berholiday, saya nak cerita sket pengalaman saya tahun lepas masa berholiday di Phuket & Krabi Thailand. Memang ohsem gile.
Actually saya berholiday ngan suami, adik dan kawan2 baik saya. 2 malam di Phuket dan 2 malam di Krabi. Transportation kitaorg booked kat PhuketShuttle.com dan hotel plak via Agoda. (Break Point Hotel, Patong)

Hari pertama kitaorg di Phuket, sampai sana dalam pukul 7.30am waktu Thailand. Kalau kat Malaysia dalam pukul 8.30am gitu. Flight amek masa dalam 1 jam. Sampai sana kedai ape pun tak bukak lagi, hotel pun takleh check in. So kitaorang lepak2 area Patong Beach. 





Setelah kematu bontot, kitaorg mulakan sesi berjalan2 cari jalan. Kitaorg takde amek tour guide so mmg merayaplakan. Tempat pertama yang kitaorg nak cari adelah tempat makan. Ade banyak kedai mknan halal kat area Patong Beach tapi sayangnya hanya bukak petang hingga ke tengah malam. Lepas tanya orang, hanya satu tempat halal je yang bukak untuk lunch iaitu dekat Jungceylon Mall. Tu pn satu je kedai yang halal kat food court tu. Nasib baik owner kedai tu kasi pinjam sudu garfu sume. Alhamdulillah. Pas kenyang, kitaorg jalan2 la area mall dan kawasan berhampiran sebelum balik ke hotel untuk check in. 







Pada sebelah malam plak, kitaorg memang dah booked tiket awal2 untuk gie PhuketFantasea Show di Kamala Beach. Bagi saya, ini adelah tempat wajib pegi kalau anda ke Phuket. Ianya merupakan tempat yang memperkenalkan budaya orang Thailand kepada pelancong. Kalau pelancong luar datang Malaysia dan tanya kat mana diaorg bleh tgk tempat kebudayaan kita, mungkin saya susah nak jawab. Kalau di Thailand, PhuketFantasea lah tempatnya. Anyway, tiket yang kitaorg bli tu skali buffet dinner. Mmg pihak sana ada sediakan tempat utk halal and non halal buffet. Mmg best gile la. Bak kata org, makan tak ingat dunia. Pas settle makan, perut sudah kenyang, barula kitaorg masuk tgk show. Nak tau cane rupa shownya, blehla tgk kat YouTube. 














Berakhirlah hari pertama kitaorg di Phuket. Nak tau pasal hari kedua kami di Phuket? Stay tune. Tunggu part 2 ok.


Anyway, nak bli Shaklee? 
Hubungi saya 0173618483




No comments:

Post a Comment