Love Of MyLife

Love Of MyLife

Monday, June 30, 2014

11 Tip Bersalin Secara Normal



Semasa Mengandung

1. Memohon kepada ALLAH SWT- Bersungguh-sungguh memohon kepada ALLAH SWT agar urusan bersalin dipermudahkan. Yakinlah bahawa ALLAH SWT akan memakbulkan doa hambaNYA yang meminta dengan tulus dan ikhlas.



2. Husnul Dzan (Kuasa Minda)
Ketika mengandung,kita sering didatangi igauan dan fikiran yang positif dan negatif. Biasakanlah diri kita dengan memikirkan yang baik-baik sahaja.



3. Perbanyakkan rukuk dan sujud.
Posisi rukuk berperanan menyamakan posisi otak dan jantung iaitu dalam keadaan sejajar lalu melancarkan aliran darah. Sujud pula menjadikaan jantung berada lebij tinggi dari kepala (otak) menyebabkan darah mengalir lebih lancar dan menyebabkan lebih banyak oksigen sampai ke otak.

4. Dapatkan redha dan restu suami.
Keredhaan suami kepada isteri akan memudahkan proses kelahiran bayi. Isteri perlu mencari redha suami selagi mana ia tidak bercanggah dari syariat. Amalkanlah meminta ampun maaf daripada suami setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.

 

5. Tidur mengiring mengikut sunnah.
Ibu yang hamil perlu tidur dalam keadaan mengiring sebelah rusuk kanan, sebagaimana cara tidur Rasulullah SAW. Ia akan memberi keselesaan kepada ibu dan bayi.



Semasa kontraksi 

6. Teknik berdiri.
Semasa menunggu saat-saat akhir bersalin, digalakkan banyak berdiri kerana bayi dalam kandungan akan cepat turun ke bawah iaitu ke arah pintu rahim apabila dalam posisi berdiri.

7. Teknik hembusan nafas. 
Ketika berlakunya kontraksi, si ibu digalakkan menghembus nafas sekuatnya. Cara begini meggalakkan otot perut untuk menolak bayi ke arah pintu rahim. Laluan bayi juga akan kendur dan lembut.

8. Bisikan pada bayi.
Bisikan kepada bayi dalam kandungan dengan menyebut perkataan yang baik dan usaplah perut kerana bayi dapat merasakan sentuhan itu walaupun melalui kulit perut ibu.



9. Sokongan dan semangat suami adalah perlu ketika ini.
Sokongan suami menjadi bekalan berguna kepada kaum ibu. Pada si suami, ucaplah kepada isteri kenikmatan bersalin dan kelebihannya. Mendengar, mengangguk dan mengiakan juga memberi kekuatan kepada isteri untuk terus bersemangat dan berjuang melahirkan bayi.


Semasa meneran

10. Letak bantal lapik pada bahagian belakang.
Apabila tiba masa untuk meneran, kepala ibu perlulah diletakkan 2 buah bantal untuk menampung belakang badan bahagian atas supaya tinggi sedikit. Ia memudahkan ibu membongkok, tengkuk dan kepala ke hadapan seterusnya menolak bayi turun ke pintu rahim.

11. Perkataan 'Geram'
Semasa meneran, perkataan 'geram' diletakkan dalam fikiran dan emosi. Kita seolah-olah menyebut perkataan 'geram' berulang kali dan menggunakan bahagian perut untuk meneran, bukannya dada ataupun suara tekak.

Credit to Majalah Anis


Semoga mendapat manfaat dari tips ini.



Nak dapatkan Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Zinc Complex, Vitalea, Vita C Sustained Released & B Complex?

Klik Sini!


Atau 

Hubungi saya 0173618483


Sunday, June 29, 2014

Bahayanya Kolesterol Tinggi Dalam Darah!


PHYTOCOL-ST SHAKLEE Vs Kolesterol

Adakah anda salah seorang dari 6 juta warga Malaysia yang menghadapi masalah hypercholesterolemia?

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah. Ianya menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang, ianya mampu menganggu sistem kardiovaskular. Apa yang lebih membimbangkan adalah ramai individu masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka adalah tinggi.


Apa itu kolesterol?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam badan kita. Ianya merupakan komponen tubuh yang penting dalam pembentukan membran sel, hormon dan pelbagai tisu lain didalam badan.


Sumber utama kolesterol



Kolesterol dihasilkan secara semulajadi dalam badan oleh hati namun ianya juga boleh diperolehi dari diet harian kita. Kolesterol yang diperoleh dari diet harian inilah yang akan menyebabkan paras kolesterol dalam darah meningkat. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan serangan angin ahmar.


Bagaimana kolesterol boleh menyebabkan penyakit jantung?

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam darah iaitu:


LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk plak pada dinding salur darah. Plak ini akan menyumbat salur darah lalu menyekat aliran darah. Lalu terjadilah serangan jantung atau angin ahmar.


HDL pula dikenali sebagai kolesterol baik kerana ianya membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL membantu 'membersihkan' salur darah.
Oleh itu,untuk melindungi diri dari penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras HDL yang tinggi dan paras LDL yang rendah.


Penyakit-penyakit utama akibat kolesterol tinggi

1. Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
2. Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
3. Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.


Penyebab utama tinggi kolesterol

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol. Persatuan Jantung America mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari. Bagi penghidap penyakit jantung, pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.


Petua merendahkan kolesterol darah secara semulajadi

1. Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
2. Lakukan senaman lebih kerap.
3. Turunkan berat badan.
4. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.


Apa itu Fitosterol?

Fitosterol wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. 


Bagaimanakah Fitosterol berfungsi?

Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol. Fitosterol akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud apabila anda mengambil lebih fitosterol, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol.


Berapa banyak Fitosterol yang diperlukan?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.








Bagaimana Phytocol-ST berfungsi



Testimoni testimoni



Anda ada masalah kolesterol tinggi dalam darah?
Apa kata anda cuba Phytocol-ST Shaklee.

Klik sini Untuk Dapatkan Phytocol ST Anda!

Hubungi saya:
-untuk pertanyaan mengenai produk.
-untuk beli produk.
-untuk join Team Shaklee saya.
0173618483

COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana sahaja anda berada.





Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan




Salam Ramadhan Buat Semua Umat Islam Seluruh Dunia!

Moga kita memperoleh rahmat dan berkat Ramadhan.
Amin...







Tips berpuasa untuk bakal ibu

Salam & Hi.


Firstly, Selamat Menyambut Ramadhan semua.


Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat buat kita semua.
Hari ni saya nak kongsi sikit tips untuk ibu hamil ketika bulan puasa ni.


Macam yang kita tahu, dalam bulan puasa ni, ibu-ibu hamil tidak boleh makan kerap macam biasa. Cuma boleh makan 2 kali iaitu waktu sahur dan berbuka. Oleh sebab itu, manfaatkanlah waktu sahur dan berbuka tu. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan kesihatan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?

 Tiada cara-cara khas untuk wanita hamil berbuka puasa. Namun begitu ada mungkin anda boleh mulakan dengan:

1. Tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah)
2. Susu atau yogurt rendah lemak
3. Sup jernih.

Kemudian, anda boleh makan menu seimbang yang mengandungi:

1. Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera
2. Protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang
3. Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh
4. Banyakkan makan sayur-sayuran.

Adakah perlu makan sahur jika berpuasa ketika hamil?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:

1. Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan menu berkhasiat
2. Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak
3. Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh ketika berbuka. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. 
Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.

Apakah yang perlu dimasukkan dan dielakkan dalam diet ibu hamil ketika berpuasa?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan dehidrasi.

Jangan lupa makan supplement untuk memastikan badan anda sentiasa cukup nutrisi.

Set Ibu Hamil Shaklee


 Nak cuba set ni?

Hubungi saya 0173618483
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
PosLaju kemana sahaja anda berada.



Tuesday, June 24, 2014

Petua Memperbanyakkan Susu Ibu





Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan hingga tidak dapat menampung kehendak bayi. Hal ini terjadi mungkin kerana si ibu tidak memulakan penyusuan awal iaitu sejurus selepas melahirkan atau tidak menyusukan bayi secara kerap.  Ada berbagai cara untuk menambahkan penghasilan susu ibu, antaranya ialah :

1. Susukan bayi sekerap yang mungkin. Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu.

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu ibu terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila bayi mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air suam sepanjang hari.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau Surah Hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.


 Petua masyarakat kita untuk menambah susu ibu:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan. Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.


Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Barli – air atau bubur barli.
8. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
9. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
10. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
11. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
12. Air horlicks
13. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. 
14. Teh hijau jepun
15. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
16. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
17. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.

Nak lagi mudah?

Anda boleh cuba Set Breastfeed Shaklee


Testimoni Set Breastfeeding Shaklee


 Berminat nak cuba Set Breastfeed Shaklee?
Berminat nak cuba lain2 produk Shaklee?
Berminat nak join Shaklee?
Berminat nak berbisnes dengan Shaklee?
Hubungi saya 
0173618483
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.


Pos Laju-> Kemana saja anda berada.

Sunday, June 22, 2014

Holiday Langkawi Part I


Hai semua. 
Apa aktiviti harini?
Me? 
Masih tersadai kat umah since biological clock dh bertukar sejak minggu exam aritu.
Malam berjaga, siang mengantuk kaw kaw.
Anyway, esok dah start praktikal.
Wish me luck ya.

Malam ni nak story sket pasal holiday saya bersama famiy bulan 2 yang lepas.
Saya memang kali jalan. Tapi sejak cuti belajar ni, langkah tak berapa nak panjangla.
Oklah, bulan 2 hari tu saya dan family pergi holiday ke Langkawi.
Naik AirAsia, tiket beli awal setahun.Tu pun beli tiket masa promosi.
Tu je yang mampu buat masa ni.
Hotel pulak saya booking Rumah Peranginan Persekutuan aka Federal Villa Hotel Langkawi.
Harga bilik lagi murah dari motel2 yang ada area Pantai Cenang.




Day 1






Kami sampai Langkawi dalam tengahari. Memula sampai kami ambil Avanza yang telah kami booking.
RM350/3 hari. Antara yang termurahla yang kami jumpa masa survey. Then kitaorang singgah lunch kat area Padang Matsirat. Makan nasi campur dan air untuk 7 orang tak sampai RM50.
Punyalah terkejut. Yela kalau kat Putrajaya, sorang makan pun dah RM10.
After lunch, kami gie check in hotel dulu kat Pantai Tengah, Pas check in kami rehat2 dulu. Maklumla berjalan ngan mak abah, kena banyak rehat. 
Petang tu kami jalan-jalan kat pantai je. Husna paling teruja nak bina sandcastle.
Budak bandar tak penah jumpa pantai, memula tu wat perangai la.Geli la, takut air la.
Tapi tu mula2 jela, pas dah biasa main tak ingat dunia.



Pada sebelah malam pulak, kami kuar dinner kat area Pantai Cenang. Konon2 nak makan seafood tapi sayangnya restoran tu amat menghampakan. Harga makan mahal, makanan lak biase sangat. Siap ade hangus lagi. Lepas dinner, kami pulang ke hotel sebab anakanda dah nak tidur. Telan 2 biji Ostematrix before tidur supaya bangun esok pagi takde sakit2 kaki or lenguh2 badan.

Day 2

Awal-awal pagi dah siap dah sebab memang hari ni plan nak kuar berjalan. Lepas breakfast, kami sekeluarga ambil VitaLea dan B-Complex Shaklee. Bukan ape, dah tau hari  ni akan berjalan sakan,so perlu tenaga lebih. Destinasi pertama kami adalah Cable Car Langkawi. 
Walaupun bukan cuti sekolah, pelancong tetap ramai. Nak naik cable car tu, kami terpaksa beratur hampir 45 minit. Untuk warga emas, agak kesian la sebab terpaksa berdiri lama. Kat atas gunung tu, dapatla tengok pemandangan Langkawi dari atas Gunung Mat Cincang. Sangat cantik. Memang sesuai untuk orang yang gile bergambar. So enjoy the pics.

















Lepas habis posing2 kat atas, kami turun ronda2 kat bawah pulak. Anakanda Husna dah sangat keletihan sebab cuaca agak panas masa tu.





Dari Cable Car, kami teruskan perjalanan ke Gamat Nusantara. Misi nak beli minyak gamat dan segala jenis gamat yang ada. Kalau dulu kenal minyak gamat je, tak sangka sekarang ni dah ada pelbagai jenis hasil gamat.







Dah abes memborong hasil gamat, next destination kami adalah Underwater World Langkawi. Nak bawak anakanda Husna tengok penguin katanya.
Harga tiket agak mahal la jugak. So mak abah, pakcik n makcik taknak masuk. Hanya Husna, Ibu dan Abi je masuk tengok peguin. Binatang2 dalam tu takdela banyak sangat. Rasa cam best lagi Aquaria.
Tapi untuk budak2, agak menarikla jugak.







So abesla aktiviti kami untuk hari yang kedua.
Aktiviti petang, macam biasa la ke pantai.
Nak tau aktiviti kami hari seterusnya?
Tunggu..... Part II

Anyway, 
Nak beli Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi saya
0173618483