Love Of MyLife

Love Of MyLife

Friday, June 20, 2014

7 Makanan Terbaik Untuk Kulit


Salam & Hai.

Oklah, hari ni nak share sikit pasal makanan terbaik untuk menjaga kesihatan kulit kita.

1. Sayuran hijau


Untuk pengetahuan semua, sayuran hijau ni berfungsi membersihkan kulit dari dalam.
Amalkan makan sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam dan saderi. Bayam adalah sumber terbaik zat besi, folate, Vitamin E, magnesium, serat dan vitamin A. Pengambilan bayam dapat membersihkan kulit dari dalam. Sementara saderi pula mengandungi Vitamin K yang membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan tekanan. Secara tidak langung, kulit akan menjadi lebih sihat dan bersinar dengan pengambilan saderi.

2. Dark chocolate


Selain kaya dengan antioksidan, dark chocolate juga mengandungi asid lemak dan flavanols yang membantu membuatkan kulit berseri. Antioksidan pula dikatakan dapat mengurangkan masalah kulit kasar dan melindungi kulit daripada pancaran matahari yang kaya dengan UV.

3. Lobak merah


Vitamin A dan khasiat lain yang terkandung dalam lobak merah dapat membantu memulihkan dan menghilangkan parut jerawat. Ia juga mengelakkan lebihan pengeluaran sel di lapisan kulit di mana ia menjadi tempat sebum berlebihan bergabung dengan sel kulit mati lalu menutup pori-pori kulit.

4. Ikan Salmon


Ikan salmon dapat membantu menghindar tekanan dan kemurungan. Salmon mengandungi
 asid lemak Omega 3 yang dapat mengahalang penuaan dan pertumbuhan jerawat. Ia juga membantu melembapkan kulit disamping membuatkan rambut anda sihat dan kuat.

5. Minyak kelapa


Minyak kelapa mengandungi asid laurik dan agen antibakteria yang dikatakan dapat memba menghalang jangkitan virus, keradangan dan jerawat. Ianya juga kaya dengan asid lemak asas dan Vitamin E, yang lengkap untuk menjadikan kulit lembap, lembut dan bebas kedutan. Selain boleh dimakan mentah setiap hari,anda juga boleh menyapu seluruh badan dengan minyak kelapa untuk mendapatkan kulit yang lembap dan halus.

6. Green Tea


Green tea mengandungi antioksidan dan asid amino unik, L-theanine yang dapat membantu menenangkan badan dan mengurangkan tekanan. Ianya juga terbukti dapat meningkatkan tahap kesihatan. Bagi mendapatkan hasil terbaik, minum 3 cawan green tea setiap hari untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

7. Betik

Betik mempunyai banyak khasiat, selain rendah kalori, ianya juga tidak mengandungi kolesterol. Bagi anda yang mahu mengurangkan berat badan, amalkan makan betik setiap hari. Berat akan berkurangan dan sistem penghadaman akan bertambah baik. Nutrien antioksidan, Vitamin C, Vitamin E dan Beta-karoten sangat baik untuk mengurangkan keradangan dan jerawat. Vitamin C juga dapat melindungi kulit daripada kerosakan akibat pancaran matahari.


So, amalkan lah selalu makanan2 diatas. 
Anda jugak bleh try Set Kecantikan Shaklee yang terdiri dari 
Vitamin C dan Vitamin E.
Bagi yang ada masalah jerawat, anda jugak boleh tambah GLA Complex dan Zinc Complex.

Jom tengok testimoni set kecantikan shaklee





Hubungi saya 0173618483

No comments:

Post a Comment