Love Of MyLife

Love Of MyLife

Sunday, June 22, 2014

Holiday Langkawi Part I


Hai semua. 
Apa aktiviti harini?
Me? 
Masih tersadai kat umah since biological clock dh bertukar sejak minggu exam aritu.
Malam berjaga, siang mengantuk kaw kaw.
Anyway, esok dah start praktikal.
Wish me luck ya.

Malam ni nak story sket pasal holiday saya bersama famiy bulan 2 yang lepas.
Saya memang kali jalan. Tapi sejak cuti belajar ni, langkah tak berapa nak panjangla.
Oklah, bulan 2 hari tu saya dan family pergi holiday ke Langkawi.
Naik AirAsia, tiket beli awal setahun.Tu pun beli tiket masa promosi.
Tu je yang mampu buat masa ni.
Hotel pulak saya booking Rumah Peranginan Persekutuan aka Federal Villa Hotel Langkawi.
Harga bilik lagi murah dari motel2 yang ada area Pantai Cenang.




Day 1






Kami sampai Langkawi dalam tengahari. Memula sampai kami ambil Avanza yang telah kami booking.
RM350/3 hari. Antara yang termurahla yang kami jumpa masa survey. Then kitaorang singgah lunch kat area Padang Matsirat. Makan nasi campur dan air untuk 7 orang tak sampai RM50.
Punyalah terkejut. Yela kalau kat Putrajaya, sorang makan pun dah RM10.
After lunch, kami gie check in hotel dulu kat Pantai Tengah, Pas check in kami rehat2 dulu. Maklumla berjalan ngan mak abah, kena banyak rehat. 
Petang tu kami jalan-jalan kat pantai je. Husna paling teruja nak bina sandcastle.
Budak bandar tak penah jumpa pantai, memula tu wat perangai la.Geli la, takut air la.
Tapi tu mula2 jela, pas dah biasa main tak ingat dunia.



Pada sebelah malam pulak, kami kuar dinner kat area Pantai Cenang. Konon2 nak makan seafood tapi sayangnya restoran tu amat menghampakan. Harga makan mahal, makanan lak biase sangat. Siap ade hangus lagi. Lepas dinner, kami pulang ke hotel sebab anakanda dah nak tidur. Telan 2 biji Ostematrix before tidur supaya bangun esok pagi takde sakit2 kaki or lenguh2 badan.

Day 2

Awal-awal pagi dah siap dah sebab memang hari ni plan nak kuar berjalan. Lepas breakfast, kami sekeluarga ambil VitaLea dan B-Complex Shaklee. Bukan ape, dah tau hari  ni akan berjalan sakan,so perlu tenaga lebih. Destinasi pertama kami adalah Cable Car Langkawi. 
Walaupun bukan cuti sekolah, pelancong tetap ramai. Nak naik cable car tu, kami terpaksa beratur hampir 45 minit. Untuk warga emas, agak kesian la sebab terpaksa berdiri lama. Kat atas gunung tu, dapatla tengok pemandangan Langkawi dari atas Gunung Mat Cincang. Sangat cantik. Memang sesuai untuk orang yang gile bergambar. So enjoy the pics.

















Lepas habis posing2 kat atas, kami turun ronda2 kat bawah pulak. Anakanda Husna dah sangat keletihan sebab cuaca agak panas masa tu.





Dari Cable Car, kami teruskan perjalanan ke Gamat Nusantara. Misi nak beli minyak gamat dan segala jenis gamat yang ada. Kalau dulu kenal minyak gamat je, tak sangka sekarang ni dah ada pelbagai jenis hasil gamat.







Dah abes memborong hasil gamat, next destination kami adalah Underwater World Langkawi. Nak bawak anakanda Husna tengok penguin katanya.
Harga tiket agak mahal la jugak. So mak abah, pakcik n makcik taknak masuk. Hanya Husna, Ibu dan Abi je masuk tengok peguin. Binatang2 dalam tu takdela banyak sangat. Rasa cam best lagi Aquaria.
Tapi untuk budak2, agak menarikla jugak.







So abesla aktiviti kami untuk hari yang kedua.
Aktiviti petang, macam biasa la ke pantai.
Nak tau aktiviti kami hari seterusnya?
Tunggu..... Part II

Anyway, 
Nak beli Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi saya
0173618483


No comments:

Post a Comment