Love Of MyLife

Love Of MyLife

Monday, June 30, 2014

11 Tip Bersalin Secara Normal



Semasa Mengandung

1. Memohon kepada ALLAH SWT- Bersungguh-sungguh memohon kepada ALLAH SWT agar urusan bersalin dipermudahkan. Yakinlah bahawa ALLAH SWT akan memakbulkan doa hambaNYA yang meminta dengan tulus dan ikhlas.



2. Husnul Dzan (Kuasa Minda)
Ketika mengandung,kita sering didatangi igauan dan fikiran yang positif dan negatif. Biasakanlah diri kita dengan memikirkan yang baik-baik sahaja.



3. Perbanyakkan rukuk dan sujud.
Posisi rukuk berperanan menyamakan posisi otak dan jantung iaitu dalam keadaan sejajar lalu melancarkan aliran darah. Sujud pula menjadikaan jantung berada lebij tinggi dari kepala (otak) menyebabkan darah mengalir lebih lancar dan menyebabkan lebih banyak oksigen sampai ke otak.

4. Dapatkan redha dan restu suami.
Keredhaan suami kepada isteri akan memudahkan proses kelahiran bayi. Isteri perlu mencari redha suami selagi mana ia tidak bercanggah dari syariat. Amalkanlah meminta ampun maaf daripada suami setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.

 

5. Tidur mengiring mengikut sunnah.
Ibu yang hamil perlu tidur dalam keadaan mengiring sebelah rusuk kanan, sebagaimana cara tidur Rasulullah SAW. Ia akan memberi keselesaan kepada ibu dan bayi.



Semasa kontraksi 

6. Teknik berdiri.
Semasa menunggu saat-saat akhir bersalin, digalakkan banyak berdiri kerana bayi dalam kandungan akan cepat turun ke bawah iaitu ke arah pintu rahim apabila dalam posisi berdiri.

7. Teknik hembusan nafas. 
Ketika berlakunya kontraksi, si ibu digalakkan menghembus nafas sekuatnya. Cara begini meggalakkan otot perut untuk menolak bayi ke arah pintu rahim. Laluan bayi juga akan kendur dan lembut.

8. Bisikan pada bayi.
Bisikan kepada bayi dalam kandungan dengan menyebut perkataan yang baik dan usaplah perut kerana bayi dapat merasakan sentuhan itu walaupun melalui kulit perut ibu.



9. Sokongan dan semangat suami adalah perlu ketika ini.
Sokongan suami menjadi bekalan berguna kepada kaum ibu. Pada si suami, ucaplah kepada isteri kenikmatan bersalin dan kelebihannya. Mendengar, mengangguk dan mengiakan juga memberi kekuatan kepada isteri untuk terus bersemangat dan berjuang melahirkan bayi.


Semasa meneran

10. Letak bantal lapik pada bahagian belakang.
Apabila tiba masa untuk meneran, kepala ibu perlulah diletakkan 2 buah bantal untuk menampung belakang badan bahagian atas supaya tinggi sedikit. Ia memudahkan ibu membongkok, tengkuk dan kepala ke hadapan seterusnya menolak bayi turun ke pintu rahim.

11. Perkataan 'Geram'
Semasa meneran, perkataan 'geram' diletakkan dalam fikiran dan emosi. Kita seolah-olah menyebut perkataan 'geram' berulang kali dan menggunakan bahagian perut untuk meneran, bukannya dada ataupun suara tekak.

Credit to Majalah Anis


Semoga mendapat manfaat dari tips ini.



Nak dapatkan Set Berpantang Shaklee yang terdiri daripada Zinc Complex, Vitalea, Vita C Sustained Released & B Complex?

Klik Sini!


Atau 

Hubungi saya 0173618483


No comments:

Post a Comment