Love Of MyLife

Love Of MyLife

Saturday, June 21, 2014

Vitamin A. Apa fungsinya? Apa sumbernya?





Vitamin A adalah salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Retinol salah satu jenis vitamin A ialah bahan yang sangat aktif atau berguna dan ia didapati daripada haiwan seperti hati dan telur.  Ia boleh ditukarkan menjadi retinal dan retinoic acid, iaitu jenis lain dalam keluarga vitamin A.    Vitamin A diperlukan untuk tumbesaran , tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak. Ia juga perlu untuk penglihatan yang normal dan struktur gigi yang sihat. Ia membantu memelihara kulit yang sihat dan mencegah lapisan mulut, hidung, tekak, paru-paru, penghadaman dan salur kencing dari dijangkiti kuman. Vitamin A juga menolong badan kita mengatur sistem imuniti (immune system) di mana sistem imuniti badan ini membantu mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang  menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.


Sumber Vitamin A

Vitamin A boleh diperolehi daripada telur, susu, dan hati adalah di antara sumber semulajadi makanan yang kaya dengan vitamin A. Vitamin A terdapat pada bahagian lemak susu, oleh itu ia tidak terdapat pada susu tanpa lemak. Kebanyakan susu/susu tepung tanpa lemak yang terdapat di pasaran telah diperkayakan dengan vitamin A. Terdapat banyak makanan yang diperkayakan seperti bijirin sarapan pagi yang mengandungi vitamin A.
Adalah mustahak anda sentiasa mengambil makanan yang membekalkan vitamin A atau beta-kerotin walaupun badan anda boleh menyimpan vitamin tersebut di dalam hati. Vitamin A yang tersimpan dalam hati akan membantu memenuhi keperluan badan anda bila mana pengambilan vitamin tersebut adalah rendah. 


Kekurangan Vitamin A


Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam, kekeringan pada bahagian mata putih, selaput seperti keju pada mata putih. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah dan keratomalacia iaitu sejenis penyakit di mana terjadi kerosakkan teruk pada kornea mata yang boleh menjadi buta.


Apa ye produk Shaklee yang ada Vitamin A?
Jawapannya adalah 



Berminat nak miliki Vitalea?


Hubungi saya untuk pertanyaan mengenai produk @ untuk pembelian.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan behampiran.
Pos laju -> Dimana saja anda berada =)
Whatsapp/Wechat/SMS 0173618483

Nak beli produk dengan harga ahli?
Mari sertai Shaklee! Dengan hanya bermodalkan RM65 seumur hidup, anda dapat:
1. Beli produk Shaklee dengan harga ahli.
2. Kumpul point dengan setiap pembelian dan dapat bonus dalam bentuk tunai setiap bulan.
3. Dapat peluang menjana pendapatan bersama Shaklee dibawah bimbingan master2 yang awesome.
4. Dapat insentif 3C iaitu Cash (wang tunai), Car (bonus kereta) dan Convention (Local & International)


Jadi, mari sertai kami!

No comments:

Post a Comment