Love Of MyLife

Love Of MyLife

Friday, July 25, 2014

Hargai Kehidupan Anda, Jauhi AIDS!


Apa itu AIDS?

AIDS adalah singkatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Sistem ketahanan badan seorang pesakit AIDS termusnah dan ini menyebabkan mereka mudah dijangkiti pelbagai penyakit. Penyakit ini walaupun biasa namun menjadi berbahaya dan membawa maut kepada pesakit AIDS. Masih tiada ubat untuk penyakit ini.

Apa itu HIV?


HIV adalah singakatan bagi sejenis virus (Human Immuno-deficiency Virus) yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang itu. HIV menyebabkan AIDS.


Bagaimana HIV merebak?

1. Hubungan sex



HIV merebak melalui pemindahan cecair badan daripada seorang yang dijangkiti kepada seorang yang lain apabila mereka mengadakan hubungan sex.


2. Penggunaan dadah


HIV merebak apabila penagih berkongsi jarum dan alat suntikan untuk menyuntik dadah.


3. Jangkitan Ibu kepada bayi

Ibu yang telah dijangkiti oleh HIV mampu memindahkan virus tersebut sewaktu kehamilan.


Bagaimana nak cegah AIDS dari merebak?

1. Jauhi diri dari sex bebas.
2. Jauhi diri daripada dadah.
3. Sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan kita.


Anda tidak boleh dijangkiti melalui:

1. Berkongsi perkakas atau makanan dengan pesakit AIDS.
2. Gigitan nyamuk.
3. Menderma darah.
4. Tandas.
5. Berkongsi kolam renang.
6. Menyentuh atau memeluk pesakit AIDS.


Harap-harap dengan info ini dapat membantu anda menghindar AIDS.
Namun begitu, seorang pesakit AIDS memerlukan bantuan dan sokongan moral dari kita.
Jangan hindari mereka!

Nak beli Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi saya
0173618483

Thursday, July 24, 2014

Performance Drink, apa bagusnya?

Apa itu Performance Drink?


Ia adalah minuman yang mengandungi elektrolit yang seimbang umtuk tubuh badan dan yang sempurna untuk membantu mencegah dehidrasi. Lebih kurang sama fungsinya macam minuman isotonic.
Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi mengekalkan  tenaga dan stamina.


Siapa yang perlukannya?

Anda yang berkerja di bawah matahari terik.
Anda yang sentiasa lesu dan lemah badan.
Ibu mengandung atau menyusu.
Anda yang demam dan selesema.
Anda yang selalu bersenam dan bersukan termasuk ahli sukan.
Anda yang mengidap penyakit kencing manis.
Anda yang berpuasa.
Anda yang kurang minum air. PD ini memastikan tahap bendalir dalam badan anda berada di paras normal.
Anda yang mengalami masalah cirit birit atau dehidrasi.


Apakah fungsi Performance Drink?



Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir supaya tidak terhidrat.

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.


Nak cuba Performance Drink Shaklee?


atau

Hubungi Saya 0173618483
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana sahaja anda berada.


Wednesday, July 23, 2014

Bahaya Shisha dan cara nak atasi ketagihannya.

Salam & Hai


Hari ni nak sikit pasal Shisha. Sebelum ni, Shisha memang menjadi kegilaan ramai. Tambah-tambah yang berada di kawasan bandar. Shisha ni dah macam pengganti rokok pulak.
Namun begitu, Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam.

"Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai perkara buruk atau keji yang perlu dihindari oleh semua umat Islam," kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin

Apa itu Shisha?



Shisha juga dikenali sebagai hokkah iaitu sejenis peralatan paip yang menegak, lazimnya digunakan untuk 'menghisap tembakau yang berperisa berasal dari Timur Tengah'
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penggunaan produk tembakau seperti menghisap rokok, shisha dan sebagainya telah menyebabkan kematian lebih lima juta penduduk dunia setiap tahun.
Satu sesi menghisap shisha boleh menghasilkan jumlah asap yang bersamaan dengan menghisap 100 atau lebih batang rokok. Walaupun asap tersebut melepasi air sebelum disedut oleh penghisap shisha, namun asap yang dikeluarkan dari shisha tersebut tetap mengandungi kandungan toksin yang sangat tinggi termasuklah karbon monoksida, heavy metals dan bahan karsinogen yang lain.

Keburukan Menghisap Shisha

1. Asap shisha mengandungi komposisi toksik seperti tar, karbon monoksida, logam berat seperti zink dan bahan karsinogen yang tinggi iaitu menyebab kanser.
2. Penghisap shisha terdedah kepada jumlah nakotin yang tinggi berbanding penghisap rokok.
3. Asap Shisha juga mampu memberi kesan buruk kepada orang sekeliling.
4. Wanita mengandung yang menghisap shisha mampu merencatkan pertumbuhan janin dan menyebabkan kelahiran pra matang.
5. Penyakit berjangkit boleh merebak melalui perkongsian paip dan penyedut shisha.

Tahukah Anda?

Menurut Jurnal "Tabacco Induced Disease 2009", asap shisha mengandungi 36 kali lebih nikotin berbanding rokok. Nikotin memberi rasa tenang yang sementara dan sangat tinggi tahap ketagihannya.
Nikotin akan sampai ke otak dalam masa 10 saat sahaja selepas ianya disedut. Oleh itu, ketagihan boleh berlaku selepas beberapa sesi menghisap shisha.

Antara tanda ketagihan nikotin:

1. Cepat marah
2. Kerisauan
3. Kemurungan
4. Kurang fokus
5. Kelesuan

Amalkan 12M untuk berhenti ketagihan shisha

1. Melengah-lengahkan- tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar bila rasa hendak menghisap shisha.
2. Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan ketika anda rasa nak menghisap shisha.
3. Minum air masak dengan banyak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah untuk alihkan tumpuan daripada shisha.
5. Jauhkan diri dari penghisap shisha atau perokok.
6. Mengelakkan diri dari orang atau suasana menghisap shisha.
7. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah.
8. Membasuh tangan
9. Mandi dengan lebih kerap
10. Bersenam
11. Meditasi
12. Berdoa pada ALLAH agar dikuatkan azam untuk berhenti menghisap shisha.

Kalau anda ada masalah ketagihan Shisha atau rokok atau lebih tepat sekali nikotin, anda boleh cuba VIVIX SHAKLEE!

Jom tengok apa kata Encik Uzir mengenai cara beliau atasi masalah ketagihan nikotin ni.





Atau hubungi saya untuk pertanyaan mengenai produk Shaklee!
Nak jadi ahli?
Lagi bagus!
Hubungi saya 0173618483
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana sahaja anda berada.


Tuesday, July 22, 2014

Hepatitis B? Jangan Ambil Mudah!

Salam & Hi


Amacam puasa? Kejap je dah separuh bulan kita berpuasa kan.
Tak sampai seminggu lagi kita dah nak raya.
Dah buat persediaan ke?
Tahun ni saya & family raya alakadar je.
Inchik suami saya kena oncall on hari raya.
So hanya saya & anakanda tercinta je. Balik kmpg.
Oklah, arini dapat sikit info mengenai Hepatitis B.
Dengar nama penyakitnya pun dah rasa gerun.
So jom kita usha2 sket ape itu Hepatitis B.

Apa itu Hepatitis B?



Hepatitis B adalah jangkitan virus Hepatitis B pada hati. Dah nama pun hepa kan, so ianya memang berkaitan dengan hati. Jangkitan ini mengakibatkan kerosakan pada hati dan seterusnya boleh menyebabkan kanser hati. Namun begitu penyakit ini boleh dirawat sekiranya gejala2  penyakit dapat dikenalpasti dari awal. Kadangkala, tanpa sedar seseorang itu tidak mengetahui bahawasa dirinya di jangkiti virus berkenaan melainan mereka menjalankan ujian makmal ke atas sample darah mereka.

Penyakit Hepatitis B Akut

Gejala biasanya berlaku di kalangan dewasa:
1. Demam
2. Letih lesu
3. Hilang selera makan
4. Loya
5. Muntah
6. Sakit perut
7. Jaundis
8. Air kencing berwarna gelap

Penyakit Hepatitis B Kronik

Biasanya berlaku di kalangan kanak2 dan bayi. Tanda2nya adalah:
1. Kerosakan hati
2. Sirosis hati
3. Kegagalan hati
4. Kanser hati


Bagaimana ianya merebak?

Virus ini merebak melalui:
1. Darah dan produknya
2. Cecair badan iaitu melalui hubungan sex
3. Tatu
4. Berkongsi jarum
5. Ibu  kepada anak semasa proses kelahiran.



Ianya tidak merebak melalui:
1. Berpelukan
2. Ciuman ringan
3. Berpegang tangan/ sentuhan
4. Susu ibu
5. Berkongsi makanan
6. Berkongsi pinggan mangkuk
7. Batuk atau bersin

Pencegahan

1. Dapatkan vaksin Hepatitis B sebanyak 3 dos.
2. Jangan bertatu atau bertindik kecuali menggunakan peralatan baru atau peralatan yanhntelah di sterile kan.
3. Jangan berkongsi jarum, pisau cukur, pemotong kuku, berus gigi atau sebarang perkakas peribadi yang kemungkinan boleh dicemari darah.
4. Guna sarung tangan bila mengendalikan kerja yang terdedah dengan risiko jangkitan.
5. Jika anda terdedah dengan risiko jangkitan, dapatkan ujian saringan di klinik atau hospital berdekatan sebelum terlewat.

Sekiranya anda dijangkiti:

1. Jumpa doktor dan bincang mengenai rawatan.
2. Dapatkan rehat yang cukup
3. Hindari alkohol
4. Jangan ambil sebarang ubat ubatan tanpa nasihat doktor.
5. Amalkan gaya hidup sihat
6. Amalakan sex selamat
7. Jangan derma darah atau organ
8. Maklumkan pada pasangan mengenai status hepatitis anda. Galakkan mereka untuk melakukan ujian saringan.
9. Jangan lakukan aktiviti yang berisiko meyebarkan jangkitan.

So harap2, info ni bermanfaat kepada anda.
Moga kita semua terhindar dari sebarang bahaya.
Amin...

Nak beli tonik hati Shaklee?



Nak beli Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi saya.
0173618483




Monday, July 21, 2014

DTX Complex untuk hati anda!


Sebelum nak cerita ape bagusnya DTX Complex Shaklee kepada hati anda, 
jom kita tengok, apa itu hati?



Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam badan manusia.  Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen.

Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:



1. Rembesan Hempedu

Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A

2. Bertindak sebagai Detoksifikasi

Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
Hati mengawal metabolism protein
Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul

3. Mengawal Paras Gula dalam Darah

Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif
Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin

4. Penting untuk metabolisme Lemak

Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
Makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Bagaimana kita nak jaga kesihatan hati kita? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati kita.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:

Biji ‘milk thistle’
Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
Merupakan bahan utama dalam DTX
Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida

Biji schizandra chinensis
Menghalang Toksin berada dalam badan
Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
Mengandungi Antioksida

Cendawan Reishi
digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida

Dandelion
Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu

Kunyit
Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu

Ekstrak artichoke
Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal


Ciri-ciri mereka yang mengalami masalah hati:




Mata berwarna kuning
Mata putih anda akan kelihatan kekuningan akibat pengumpulan bilirubin dalam badan.

Perut menjadi buncit
Perut yang membesar bukan disebabkan banyak makan namun disebabkan oleh perut yang membengkak akibat berlakunya jangkitan dan kerosakan pada hati.

Bau mulut yang menyengat

Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini berkaitan dengan ammonia yang dihasilkan dalam tubuh.


So anda nak miliki DTX Complex Shaklee?


atau hubungi saya
0173618483

Adakah Anda Semakin Tua?

Menjadi tua adalah satu proses semulajadi dan berterusan yang dialami oleh semua orang. Namun begitu, cepat atau lambatnya seseorang itu untuk menjadi tua adalah berbeza. Cara yang baik untuk terus sihat dan cergas, walaupun usia telah meningkat, adalah dengan menjaga badan dan fikiran supaya selalu aktif.
Proses penuaan berlaku sejak kita dilahirkan. Namun begitu tidak ramai yang menyedarinya sehinggalah mereka mengalami perubahan diri atau pemikiran disebabkan oleh proses perubahan fisiologi yang berlaku.

Perubahan yang biasanya berlaku adalah:

1. Kulit: 
- tanda berkedut pada muka
- kulit lebih kering dan mungkin bertompok

2. Sendi, tulang dan otot
- tulang mudah patah
- otot menjadi lemah
- sendi menjadi kaku atau keras

3. Mata
- rabun dekat
- penglihatan semakin kabur

4. Pendengaran
- pendengaran semakin kurang terutamanya kepada bunyi nyaring.

5. Deria rasa dan bau
- semakin berkurangan

6. Tindakbalas yang lambat

7. Sistem penghadaman dan pencernaan yang lambat

8. Saluran darah lebih keras dan tidak elastik.

9. Keupayaan jantung untuk mengepam darah berkurangan.

10. Kurang keupayaan mengawal kencing.

11.Kurang daya ingatan.

Usia tua anda lebih bermakna jika kesihatan anda terjaga!





Ini dapat dicapai dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti berikut:

1. Mengekalkan berat badan unggul
2. Amalkan makanan seimbang
3. Bersenam secara konsisten
4. Berhenti merokok
5. Melakukan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara tetap
6. Amalkan aktiviti riadah yang menghiburkan
7. Luangkan masa untuk berehat.

Apakata anda cuba Set Kesihatan Shaklee supaya anda kekal sihat dan bertenaga walaupun usia semakin bertambah.

Mungkin anda boleh cuba:
1. Set Kesihatan Optimum
2. Set tulang dan sendi
3. Carotomax Shaklee (untuk masalah rabun)
4. Collagen Powder Shaklee
5. Set Kecantikan Shaklee

Nak order?
Mudah je.
Pilih mana berkenan dihati dan order online.






Ataupun anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan mengenai produk atau nak beli produk Shaklee.
0173618483
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang atau kawasan berhampiran.
Nak lagi best? 
Jom join Shaklee!






Thursday, July 10, 2014

Down Syndrome

Salam & Hi.

Today i want to share with you about Down Syndrome.
Since i work in a hospital, i can easily get an information about many type of disease.
But for today i only want to tell you about:



What is Down Syndrome?

-It is the common chromosomal disorder associated with mental retardation.
- It is due to the presence of an extra number of chromosome 21. Sometimes we call it Trisomy 21.
- The risk of a woman having a child with Down Syndrome increases with her age at the time of the conception. 


Karyotype of Down Syndrome. They have 3 chromosome at the location 21



Physical characteristics associated with Down Syndrome

- Reduced muscle tone (babies appear "floppy")
- Flat facial features with a small nose.
- Upward slant of the eyes.
-Small skin fold on the inner corner of the eyes (epicanthic folds).
- Enlarged tongue that tends to stick out.
- Small, abnormally shaped ears.
- Single deep crease across the centre of the palm.
- Fifth finger has only one flexion furrow instead of 2.
-Hyperflexibility (excessive ability to flex joints)
- Extra space between the big toe and the second toe (sandal gap)

Children with Down Syndrome are often identified at birth with some children exhibit only a few characteristic while others exhibit many.
They need to be investigated and followed up for possible associated problems. Genetic test must be done to confirm the form of Syndrome Down.


What medical problems can they have?

1. Learning disability
2. Congenital heart defect
3. Recurrent respiratory infections
4. Gastrointestinal disorder
5. Hearing impairment
6. Visual impairment from cataracts, squints
7. Short stature
8. Hypothyroidism
9. Leukaemia
10. Alzheimer's disease


What should you do when you have a Down Syndrome child?

First, do not deny the right of your child for having a normal life.
Give them education. Send them to school.
You can send to:
- early intervention programme
- Pre-school for special children
- Speech therapy
- Special school for learning disability.

Make sure that your child is independent, and prepare the child for adulthood and workforce. Also improve their social and living skills.


Credit to Pediatric Department,Putrajaya Hospital

Wednesday, July 9, 2014

Tips untuk berhenti merokok

Salam & Hi

Hari ni nak kasi tips untuk berhenti merokok.
Sebelum tu, jom tengok ape kandungan rokok yang membuatkan ianya sangat bahaya untuk kesihatan.

Terdapat beribu ribu jenis bahan kimia beracun dalam asap rokok. Contohnya:



1. METANOL- BAHAN API
2. KARBON MONOKSIDA- ASAP KERETA
3. NITROBENZENE- GASOLIN
4.VINIL KLORIDA- BAHAN UTAMA PLASTIK
5. BUTANA- CECAIR PEMETIK API
6. ARSENIK- RACUN TIKUS
7. RAKSA AKA MERKURI- LOGAM DALAM JANGKASUHU
8. KADMIUM- BAHAN UTAMA BATERI ALKALI
9. TOULENA- PELARUT INDUSTRI
10. STEARIK- BAHAN UTAMA DALAM LILIN
11. AMMONIA- PENCUCI LANTAI
12. SIANIDA- RACUN

Kenapa anda perlu berhenti merokok?

1. Mengelakkan diri dari risiko penyakit berbahaya seperti Penyakit Jantung, Kanser Paru2, Chronic Obstruktif Pulmonary Disease (CODP), Kanser tekak, Kanser Usus, Mati Pucuk, Stroke dan lain2.
2. Menjadikan tubuh lebih sihat, segar dan ceria.
3. Menjimat duit.
4. Elakkan anak2 daripada terpengaruh merokok.

Tips untuk berhenti merokok

1. Pelajari tentang bahayanya rokok.
2. Bagitau semua orang tentang niat anda untuk berhenti merokok.
3. Buang semua barang yang berkaitan dengan rokok seperti pemetik api.
4. Minumlah banyak air masak untuk nyah toksin dalam badan.
5. Makanlah lebih buah dan sayuran untuk mengurangkan ketagihan pada nikotin.
6. Hidup secara sihat. Jalankan aktiviti sukan untuk lancarkan peredaran darah.
7. Elakkan tempat di mana rokok menjadi kebiasaan.
8. Belajarlah menolak tawaran merokok. Cuba untuk tidak merokok langsung.

Moga2 tips ini dapat membantu untuk anda berhenti merokok.
Anda juga boleh cuba VIVIX Shaklee semasa proses ini.
Vivix membantu mengurangkan ketagihan.
Mahal? Rasanya kalau kumpul duit beli rokok, dapat beli berbotol-botol 
Vivix rasanya.

Jom tengok apa kata Encik Uzir tentang cara beliau atasi masalah ketagihan merokok.




Nak cuba VIVIX Shaklee?






atau

Hubungi saya
0173618483



Tuesday, July 8, 2014

Dari XXXL - S Dengan Set Diet Lengkap Shaklee

Salam  & Hi


Sekarang saya nak memperkenalkan dan bercerita mengenai
 SET DIET SHAKLEE.
Kali ni bukan SET BUDGET, tapi SET DIET LENGKAP.
Untuk mereka yang ada extra budget untuk membeli, saya cadangkan anda mencuba set lengkap ni.
Cuba tukar saiz baju anda dari XXXL ke S






Lecithin RM52.50/180 Capsule


Fungsinya adalah:

 Menyerap vitamin larut lemak- A,D, E dan K
Menghalang  lemak mendap di hati
Memecahkan lemak dan kolestrol, ‘membersih’ salur darah, pengambilan tambahan dapat mengemulsi  dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh
 Pengambilan yang banyak dapat mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang
 Mencantikkan otot dan kulit, melembap dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan
 Meringankan sembelit, meleraikan  toksin dalam usus.




Omega Guard RM136 /90 capsule


 Fungsinya adalah:

 Membantu penurunan berat badan dengan bertindak seperti hormon meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak.

 Mengurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ badan dan disekitar pinggang

Kurangkan selera makan, rasa kenyang yang lebih lama

Kurangkan keradangan dan penakungan air ditisu-tisu badan

Aktifkan pengeluaran air yang tidak perlu dari badan memberikan kesan penurunan berat yang ideal

Pengambilan omega juga membuatkan kite lebih kenyang untuk tempoh yang lama.

               

 Alfafa Complex RM 53.75/330 tablet  RM 97.50/700 tablet



Fungsinya adalah: 

Mencuci hati, darah dan usus – makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali badan yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dari badan, mencantikkan kulit dan otot.

Penggunaan jangka panjang dapat menyingkirkan lemak dan kolestrol, mengurangkan kolestrol, mengandungi saponin – span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol

 Melegakan keletihan

Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, sembelit, hepatitis dan hyperacidity

Sangat berkesan untuk pencernaan dan buang angin, menjadikan badan terasa lebih ringan.



  Cinch Shake RM 173



 Sedikit info mengenai Cinch

 Indeks glisemik rendah – 22; sesuai untuk pengidap kencing manis dan
mengekalkan tahap gula darah yang normal dan kekalkan tenaga

Mengandungi Cinch Pro- campuran ekslusif protein diperkayakan dengan leucine-asid amino

Leucine : memelihara otot semasa menurunkan berat badan
Leucine merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat didalam protein tertentu. Kesan pada mereka yang telah mengambil cinch ialah kehilangan lemak, berat, inci pada masa yang sama masih mengekalkan otot mereka.

 Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral

Tinggi protein (24g setiap hidangan) memberikan anda rasa puas dan kenyang

Tinggi serat (6g setiap hidangan)

Sumber soya bebas GMO

Tiada perasa, pewarna atau pemanis tiruan.

 Rasa yang sangat enak, memberikan kepuasan semasa menurunkan berat, datang dengan 3 perisa hebat coklat, cafe latte dan vanila.



 ESP (Soy Protein  Isolate Powder) RM 150
 


Info mengenai ESP 

Mengoptimumkan penyerapan nutrien lain

Membekalkan tenaga berpanjangan, kurang rasa  lapar even berpuasa!

Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut hanya selepas 2 minggu mengunakannya.

Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot

 Tiada pengawet, perasa, pemanis tiruan, rasa asli soya dan vanilla

 1 hidangan ESP bersamaan 2x daging, 4x telur, 12x susu rendah lemak

 Tiada asid urik



Semua produk diatas mempunyai peranan  yang penting untuk menurunkan berat anda. 


Punca kenapa kita selalu gagal untuk turunkan berat:

Kekurangan nutrisi

Diet yang ukar untuk diikuti

 Hasil lambat, sedangkan dah banyak duit keluar

Produk kurus yang merendahkan kadar metabolisme

Tidak berdisiplin dan tidak sabar

 Nakkan hasil yang cepat tetapi malas bersenam dan gagal mengurangkan pengambilan makanan

    Kurang minum air masak


             Pengambilan air masak 3 liter adalah wajib untuk menurunkan berat. 

Jom tengok beberapa tips dari Puan Salwa yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 20kg selepas bersalin.
Dasyatkan?
Check it out.


Berminat nak cuba Set Diet Lengkap Shaklee atau Set slimming yang Puan Salwa amalkan?

Boleh klik link bawah




atau

Hubungi saya untuk dapatkannya dengan harga mampu milik.
Konsultasi diberikan secara percuma dengan setiap pembelian.
0173618483

COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang, dan kawasan berhanpiran.
Poslaju kemana sahaja anda berada.

SalamSayang