Love Of MyLife

Love Of MyLife

Friday, July 25, 2014

Hargai Kehidupan Anda, Jauhi AIDS!


Apa itu AIDS?

AIDS adalah singkatan bagi Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit. Sistem ketahanan badan seorang pesakit AIDS termusnah dan ini menyebabkan mereka mudah dijangkiti pelbagai penyakit. Penyakit ini walaupun biasa namun menjadi berbahaya dan membawa maut kepada pesakit AIDS. Masih tiada ubat untuk penyakit ini.

Apa itu HIV?


HIV adalah singakatan bagi sejenis virus (Human Immuno-deficiency Virus) yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang itu. HIV menyebabkan AIDS.


Bagaimana HIV merebak?

1. Hubungan sex



HIV merebak melalui pemindahan cecair badan daripada seorang yang dijangkiti kepada seorang yang lain apabila mereka mengadakan hubungan sex.


2. Penggunaan dadah


HIV merebak apabila penagih berkongsi jarum dan alat suntikan untuk menyuntik dadah.


3. Jangkitan Ibu kepada bayi

Ibu yang telah dijangkiti oleh HIV mampu memindahkan virus tersebut sewaktu kehamilan.


Bagaimana nak cegah AIDS dari merebak?

1. Jauhi diri dari sex bebas.
2. Jauhi diri daripada dadah.
3. Sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatan kita.


Anda tidak boleh dijangkiti melalui:

1. Berkongsi perkakas atau makanan dengan pesakit AIDS.
2. Gigitan nyamuk.
3. Menderma darah.
4. Tandas.
5. Berkongsi kolam renang.
6. Menyentuh atau memeluk pesakit AIDS.


Harap-harap dengan info ini dapat membantu anda menghindar AIDS.
Namun begitu, seorang pesakit AIDS memerlukan bantuan dan sokongan moral dari kita.
Jangan hindari mereka!

Nak beli Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi saya
0173618483

No comments:

Post a Comment