Love Of MyLife

Love Of MyLife

Wednesday, July 23, 2014

Bahaya Shisha dan cara nak atasi ketagihannya.

Salam & Hai


Hari ni nak sikit pasal Shisha. Sebelum ni, Shisha memang menjadi kegilaan ramai. Tambah-tambah yang berada di kawasan bandar. Shisha ni dah macam pengganti rokok pulak.
Namun begitu, Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam.

"Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai perkara buruk atau keji yang perlu dihindari oleh semua umat Islam," kata Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin

Apa itu Shisha?



Shisha juga dikenali sebagai hokkah iaitu sejenis peralatan paip yang menegak, lazimnya digunakan untuk 'menghisap tembakau yang berperisa berasal dari Timur Tengah'
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penggunaan produk tembakau seperti menghisap rokok, shisha dan sebagainya telah menyebabkan kematian lebih lima juta penduduk dunia setiap tahun.
Satu sesi menghisap shisha boleh menghasilkan jumlah asap yang bersamaan dengan menghisap 100 atau lebih batang rokok. Walaupun asap tersebut melepasi air sebelum disedut oleh penghisap shisha, namun asap yang dikeluarkan dari shisha tersebut tetap mengandungi kandungan toksin yang sangat tinggi termasuklah karbon monoksida, heavy metals dan bahan karsinogen yang lain.

Keburukan Menghisap Shisha

1. Asap shisha mengandungi komposisi toksik seperti tar, karbon monoksida, logam berat seperti zink dan bahan karsinogen yang tinggi iaitu menyebab kanser.
2. Penghisap shisha terdedah kepada jumlah nakotin yang tinggi berbanding penghisap rokok.
3. Asap Shisha juga mampu memberi kesan buruk kepada orang sekeliling.
4. Wanita mengandung yang menghisap shisha mampu merencatkan pertumbuhan janin dan menyebabkan kelahiran pra matang.
5. Penyakit berjangkit boleh merebak melalui perkongsian paip dan penyedut shisha.

Tahukah Anda?

Menurut Jurnal "Tabacco Induced Disease 2009", asap shisha mengandungi 36 kali lebih nikotin berbanding rokok. Nikotin memberi rasa tenang yang sementara dan sangat tinggi tahap ketagihannya.
Nikotin akan sampai ke otak dalam masa 10 saat sahaja selepas ianya disedut. Oleh itu, ketagihan boleh berlaku selepas beberapa sesi menghisap shisha.

Antara tanda ketagihan nikotin:

1. Cepat marah
2. Kerisauan
3. Kemurungan
4. Kurang fokus
5. Kelesuan

Amalkan 12M untuk berhenti ketagihan shisha

1. Melengah-lengahkan- tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar bila rasa hendak menghisap shisha.
2. Tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan ketika anda rasa nak menghisap shisha.
3. Minum air masak dengan banyak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri dengan aktiviti berfaedah untuk alihkan tumpuan daripada shisha.
5. Jauhkan diri dari penghisap shisha atau perokok.
6. Mengelakkan diri dari orang atau suasana menghisap shisha.
7. Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah.
8. Membasuh tangan
9. Mandi dengan lebih kerap
10. Bersenam
11. Meditasi
12. Berdoa pada ALLAH agar dikuatkan azam untuk berhenti menghisap shisha.

Kalau anda ada masalah ketagihan Shisha atau rokok atau lebih tepat sekali nikotin, anda boleh cuba VIVIX SHAKLEE!

Jom tengok apa kata Encik Uzir mengenai cara beliau atasi masalah ketagihan nikotin ni.





Atau hubungi saya untuk pertanyaan mengenai produk Shaklee!
Nak jadi ahli?
Lagi bagus!
Hubungi saya 0173618483
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana sahaja anda berada.


No comments:

Post a Comment