Love Of MyLife

Love Of MyLife

Thursday, October 23, 2014

Asyiknya Sakit Seorang Muslim

Salam & Hi



Bila berbicara mengenai sakit, pasti ramai yang mengeluhkan?
Maklumlah, sakit tu kan sakit.
Namun begitu, tahukah anda terdapat ganjaran bagi setiap kesakitan.
Bagi orang yang beriman, apa-apa saja yang berkaitan dengan diri mereka, adalah bernilai disisi ALLAH.
Lihat sajalah, satu tusukan duri sahaja mampu jadi penyebab keampunan ALLAH kepadanya.
Malah, kesedihan atau susah hati mampu menarik perhatian ALLAH. Kesannya, ALLAH mengurniakan rahmat, keampunan dan ganjaran.

ALLAH menyediakan ganjaran dalam semua situasi. Jom kita tengok pemberian ALLAH jika seorang muslim itu ditimpa kesakitan atau musibah.



1. Kafarah dosa

"Seseorang Muslim tidak ditimpa keletihan, kesakitan, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau kebimbangan bahkan tusukan duri melainkan ALLAH menjadikannya sebagai kafarah kepada doasa-dosa." (Riwayat al-Bukhari)

2. Mencapai martabat Mukmin

"Setiap hamba ada martbat yang tertentu disisi ALLAH. Apabila seseorang hamba tidak dapat mencapai martabat itu dengan amalannya, maka ALLAH akan terus menguji dengan perkara-perkara yang tidak disenangi (seperti sakit, susah dan sebagainya. Perantaraan perkara yang tidak disenangi itu membolehkan dia dapat mencapai martabat tersebut."(Riwayat Abu Ya'la)

3. Gugur dosa

"Bala berterusan akan menimpa lelaki dan wanita Mukmin sama ada pada diri sendiri, anak atau hartanya (yang menyebabkan dosa-dosanya sentiasa gugur) sehingga dia bertemu ALLAH dalam keadaan dia tidak mempunyai apa-apa dosa." (Riwayat al-Tirmizi)

4. Diberi ganjaran sama semasa sihat

""Apabila ALLAH menguji seorang Muslim dengan apa-apa penyakit jasmani, maka ALLAH akan memerintah malaikat: 'Teruskan menulis ganjaran amalan yang diamalkan hamba ini (semasa dia sihat).' Sekiranya ALLAH menyembuhkannya, maka ALLAH akan membersihkan dan menyucikannya dari dosa. Sekiranya ALLAH mengambil nyawanya, maka ALLAH akan mengampuni dan merahmarinya." (Riwayat Abu Ya'la dan Ahmad)

5. Demam menghapuskan dosa

"Demam panas dan sakit kepala yang menimpa hamba ALLAH lelaki atau wanita tidak meninggalkan sebarang dosa walaupun sebesar biji sawi bagi mereka, walaupun sebelum itu mereka menanggung beban dosa sebesar gunung Uhud." (Riwayat Abu Ya'la)

Nampakkan sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN, MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.
Setiap musibah, setiap kesakitan itu pasti ada kebaikan disebaliknya.
Apa yang penting, terusnya berdoa padaNYA agar diampunkan dosa2 kita.
Lepas ni, kalau sakit, kita harus bersyukur sebab ALLAH bagi kita peluang untuk menebus dosa.
(Info dari Majalah Solusi)





Semoga bermanfaat.

Nak beli produk SHaklee?
Nak join SHaklee?
Hubungi saya 0173618483


Wednesday, October 22, 2014

9 Petua Hilangkan Sakit dan Kesan Melecur

Salam & Hi


Dikalangan kita mesti ada yang penah kena air panas atau melecur akibat kena ekzos moto ke kan?
So hari ni saya nak share petua untuk hilangkan sakit dan kesan melecur. Sebelum tu mari kita tengok apa yang dimaksudkan dengan kesan terbakar.



Jom tengok apa petua untuk atasi masalah ni.

1.Pecahkan sebiji telur dalam bekas dan kacau. Gunakan kapas, sapu telur tu kat tempat yang tercedera. Rasa panas dan sakit tu akan kurang. InsyaALLAH.



2. Sapukan tepung kat tempat cedera. Biarkan seketika. InsyaALLAH akan meredakan kesakitan dan tidak tinggalkan kesan melepuh.



3. Bancuh garam dengan air.Pastikan bancuhan itu pekat (banyak garam). Sapu kat tempat kecederaan dan ianya akan mengurangkan kesakitan.



4. Getah pelepah pisang juga amat berguna. Sapukan getah tersebut kat tempat yang sakit tu. Biarkan seketika hingga sakit tu reda. Jangan basuh dengan air sebab ianya akan menyebabkan luka melepuh.

5. Sapukan serbuk kopi kat kawasan sakit. Biarkan 10-15 minit kemudian baru buang. InsyaALLAH kulit takkan melepuh dan sakit akan kurang.



6.Sapukan mentega kat tempat sakit. InsyaALLAH sakit akan kurang.



7. Boleh juga guna kapur sireh. Sapu kat tempat yang melecur dan biar hingga kering. Sapu berulang kali. Rasa pedih dan sakit akan hilang.



8. Sapu lendir aloe vera untuk elakkan melecur teruk. Sapu berulang kali sehingga rasa panas dan pedih semakin hilang.



9. Anda boleh cuba set untuk melecur Shaklee yang terdiri daripada Sustained released Vita C, Vitamin E, Zinc Complex, ESP dan Herbal Blend. InsyaALLAH parut dan kesan terbakar@melecur itu akan berkurangan.

Ataupun anda boleh cuba Set yang Puan Hidayah guna untuk atasi masalah parut yang tinggal




Nak cuba set- set ni?
Hubungi saya 0173618483
Konsultasi akan diberikan secara percuma.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampira.
Poslaju kemana saja anda berada.




Tuesday, October 21, 2014

My Little Family

Salam & Hi


Hari ni saya nak cerita mengenai keluarga kecil saya.
Alhamdulillah, saya selamat mendirikan rumahtangga tanggal 29 Januari 2010 setelah hampir 4 tahun berkawan. Hehe saya kawin ngan kawan baik saya masa balajar dulu. Memang tak sangka sebenarnya tapi kalau jodoh tak kemana.. Yang best, kami berkongsi hobi dan minat yang sama. So bestla sebab bleh share sume mendakan. Doakanla semoga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya. 

Hobi kami- bergambar





Untuk pengetahuan semua, majlis saya buat kat Dewan Bandaraya Ipoh. Bangga jugakla kan sebagai anak jati Perak, dapat wat majlis kahwn kat dewan yang sangat berseni + cool  tu kan.
Oh lupa nak bagitau, saya ni orang Ipoh dan Encik suami orang Gopeng. 




Next, rezeki Allah nak kasi, lepas kawen saya terus hamil. Bak kata orang bunting pelamin. Alhamdulillah. Walaupun sebenarnya tak sangka akan mengandung awal sebab kami dah ada banyak plan untuk honeymoon. Tapi since saya pregnant, sume plan tu terpaksa dibatalkan.

Alhamdulillah jugak, sepanjang tempoh kehamilan, saya langsung tak hadapi apa2 masalah. Takde morning sickness sume. Ada fibroid dalam uterus pun, fibroid tu tak membesar. Maintain kecik je. So takde pape masalahla. Cyst pun mengecut dan hilang masa mengandung tu.
Masalah saya masa preggy tu hanyalah saya kuat makan. Pergi keje kul 8am, kena makan dulu. Pukul 10am makan lagi. Kul 1pm wajib lunch + tido jap before zohor. Pukul 3pm makan. Sampaila supper, Makan je kejenya. Hehe tapi takpe, sume tu tak jadi masalah sebab saya sihat dan takde masalah kesihatan. 

Tanggal 11 November 2010, saya selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Nur Ayatul Husna, Alhamdulillah proses bersalin tu mudah dan sekejap je. Allah memang permudahkan urusan kehamilan dan proses kelahiran anakanda saya, 

Anakanda saya Nur Ayatul Husna (nama sempena tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih)
Doakan supaya Husna jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat ya.

Ayatul Husna- 3 jam lepas lahir


Ayatul Husna-4 tahun


My lil family

Keluarga saya


Keluarga mertua saya

So itu sajalah cerita saya pasal family saya.
Satu pesanan buat ibu2 hamil diluar sana, amalkan baca yassin setiap kali lepas solat dan ingatlah bahawa restu dan redha suami tu penting. 

Kalau anda yang hamil ada masalah anemia atau ingin kekal sihat, anda boleh cuba set ibu hamil shaklee.


Klik sini untuk dapatkan Set Ibu Hamil Trimester 1


Klik sini untuk dapatkan Set Ibu Hamil Trimester 2 & 3


atau anda boleh hubungi saya
0173618483

Monday, October 20, 2014

Testimoni GLA Shaklee! Mereka dah cuba, anda bila lagi?

Salam & Hi



Hari tu saya ade bercerita pasal GLA Shaklee kan?
Banyak khasiat yang kita dah tau.
Ada orang cuba sekejap dah dapat hasil baik, namun ada yang amek masa untuk rasa kesannya. Itu semua bergantung kepada metabolisma badan dan dah tentu 100% bergantung dengan izin ALLAH.
So hari ni saya nak share beberapa testimoni mengenai GLA Shaklee.

1. 

Sahabat merangkap sepupu saya mengambil GLA dan Alfalfa kerana masalah ketidakstabilan hormon. Dalam erti kata lain, period tak betol la.
Kadang2 datang, kadang2 tak datang. So lepas hampir2 bulan beliau consume Alfalfa and GLA, beliau pun period la. Mungkin kerana hormon pun dah stabil, so takde masalah period. Macam yang kita tau, kalau period tak btol, nanti akan ada masalah untuk hamil. So mulalah stabilkan hormon anda ye.

2. 


Ni testimoni Lia Sakura. Thanx Lia. Hehe beliau ada masalah ekzema. Lepas consume GLA dan beberapa lagi produk Shaklee, ekzema beliau bertambah pulih. Alhamdulillah.
So pada siapa yang ada masalah ekzema, anda perlu cuba GLA Shaklee.
Dengan izin ALLAH, mungkin masalah ekzema anda dapat diatasi.

3.
credit to ummierna blog

Anda ada masalah Cyst or fibroid? Cer tengok testimoni ni.
Hehe anda perlu cuba kalau ada masalah yang sama.

Nak dapatkan GLA Complex anda?

Klik Sini!


atau hubungi saya
0173618483
Kita boleh sembang panjang.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana saja anda berada.
Dapatkan GLA anda dengan harga istimewa. Lai lai lai!


Sunday, October 19, 2014

Tanda-tanda Anda Kekurangan Vitamin E

Salam & Hi


Dalam banyak2 vitamin kat dunia ni, kisah vitamin E tak banyak orang tau.
Kalau nak famous pun selalunya vitamin c kan.
So ada sesetengah penyakit yang berpunca daripada kekurangan Vitamin E tapi kita tak tau.
So hari ni saya nak cerita mengenai Vitamin E.


Bagaimana kekurangan vitamin E boleh berlaku?

Ianya berlaku kerana kegagalan penyerapan lemak secara maksimum. Ini akan menyebabkan masalah neurological dan seterusnya menyebabkan saraf kurang berfungi. (Saraf tidak berfungsi dengan 100%). Low birth weight juga merupakan faktor terjadinya hal ini. Bukan semua bayi yang lahir dengan berat badan yang kurang akan mengalami masalah ni. Ini semua teori kajian la

Simptom kekurangan Vitamin E bayi

1. Retrolental fibroplasia ( Sejenis penyakit mata)
2. Kurang berat bacan dan pertumbuhan yang lambat
3. Kurang selera makan
4. Masalah tumbesaran termasuk fizikal dan mental


Simptom bagi kanak-kanak

1. Penyakit hati yang kronik
2. Kurang tindakbalas refleks .
3, Otot menjadi lemah
4. Lambat bercakap/ mengalami masalah percakapan tidak teratur
5, Tumbesaran yang lambat

Simptom bagi dewasa

1. Anemia
2. Masalah kesuburan 
3. Sel darah merah yang rapuh
4. Tua sebelum usia
5. Katarak
6. Kurang nafsu seks
7. Masalah otot, hati, bone marrow dan gangguan pada otak.

Tanda-tanda penting  anda kekurangan Vitamin E:

1. Penyakit perut dan usus
2. Rambut kering dan keguguran rambut
3. Luka lambat sembuh
4. Kekejangan
5. Pembesaran kelenjar prostat bagi lelaki
6. Keguguran bagi wanita

Bagaimana Vitamin E membantu dalam mengekalkan kesihatan?

1. Melambatkan proses penuaan.
2. Sebagai bahan diuretic semujadi
3. Menjaga kesihatan kulit
4. Membantu mencegah kanser, sakit jantung dan kurangkan parut.

Bagaimana nak kurangkan risiko kekurangan Vitamin E?

Makan makanan yg kaya dgn vitamin E seperti kekacang, dan dedaun hijau.
ataupun
makanlah Vitamin E Shaklee yang diperbuat daripada 100% bahan semulajadi.

Kesimpulannya






So kita dapat lihat betapa teruknya bila kita kekurangan Vitamin E kan.
Saya cadangkan anda perlu cuba Vitamin E Shaklee!
Anda pasti tidak akan menyesal.

Salah Satu testimoni kebaikan Vitamin E Shaklee


Klik sini untuk dapatkan Vitamin E anda!

atau hubungi saya

0173618483

COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana saja anda berada.


Saturday, October 18, 2014

Shaklee, hanya sekadar bisnes? - Cabaran 8 Hari Entri

Salam & Hi.


Hari ni saya nak share sikit mengenai pengalaman saya berdepan dengan masyarakat yang memandang bisnes Shaklee ni hanya semata-mata kerana duit dan bukan kerana produk yang bagus.


Since saya adalah pelajar Sains Kesihatan, saya memang ada belajar pasal perubatan moden dan juga tradisional seperti herba2 dan tumbuhan. Semenangnya ada bukti yang menyatakan sesetengah tumbuhan yang diguna Shaklee untuk dijadikan supplement sangatlah bagus untuk kesihatan. Namun begitu ada pihak yang menganggap Shaklee menggunakan peluang ini untuk buat duit semata-mata dan bukan kerana produk Shaklee bagus untuk kesihatan.

Bagi saya yang bermula sebagai pengguna Shaklee, mereka sepatutnya tidak memberi tanggapan buruk kepada Shaklee dan seharusnya mereka mencuba dan merasa keberkesanannya. Adalah tidak adil untuk menuduh mereka yang menjual Shaklee hanyalah untuk mengaut keuntungan bukannya membantu meningkatkan taraf kesihatan.

Bagi yang dah cuba, ramai yang mengakui keberkesanannya. Saya tak cakap Shaklee mampu menyembuhakan sakit. Tapi produk2 Shaklee boleh membantu dalam mengurangkan kesakitan dan juga merendahkan risiko dari terkena penyakit. Ianya juga bergantung kepada tubuh badan pengguna itu sendiri untuk mendapat kesan kebaikannya. Contohnya, ada orang makan set kesuburan Shaklee 2 bulan dah boleh hamil, namun ada yang makan2 tahun baru ada rezeki ALLAH nak kasi. Yang penting kita usaha ye tak.

Kepada mereka diluar sana, jangan anggap bisnes Shaklee hanya semata-mata kerana duit. Anda perlu cuba dulu produknya dan rasai kebaikannya. Bisnes tu sekadara usaha untuk mencari rezeki dan yang paling penting kami berkongsi sesuatu yang baik dan bermanfaat untuk kesihatan kita.



So, anda nak cuba produk Shaklee?
Nak sertai Shaklee?
Hubungi saya 0173618483
Kita boleh sembang panjang.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana saja anda berada.


Salam Sayang dari saya.

Friday, October 17, 2014

Hobi saya - Cabaran 8 Hari Entri

Salam & Hi



Bila bercakap pasal hobi, pastinya semua orang ada hobi kan.
Dulu masa kecik-kecik, tulis buku biodata mesti ada part yang kan tulisapa hobi kita kan.
Kalau dulu masa saya kecik, kalau bab hobi semestinya akan tulis hobi saya adalah membaca. Dan memang ya hobi saya adalah membaca. Saya suka baca macam2 bahan bacaan dari novel, buku2 ilmuan sampai la ke komik. 
Tapi hari ni saya nak cerita pasal hobi gila saya dan family. Apa dia?
Hehe kami suka jalan2 cari pasal. Cari pasal sebab selalu je nak menghabiskan duit.
Actually saya sangat suka gi tido hotel. Walaupun hanya kat kl. (Rumah kat Putrajaya, gie tido hotel kat kl. Gilakan?) Bukan apa, kadang2 badan letih, stress dan rasa takde mood. Nak jugakla tukar angin kan. So dengan segera saya akan booking hotel untuk 1 malam. Mana2 hotel yang menarikla. Antara hotel sekitar Kuala Lumpur yang saya suka adalah:

1. Best Western Premier Dua Sentral, Bangsar.







Kenapa saya suka hotel ni? Hehe tak lain xbukan sebab servis yang superb dan fasilitinya yang best. Aktiviti saya bila berada kat hotel hanya rehat semata2. Paling best bila bawak anakanda Ayatul Husna pergi swimming. (Kami berdua mmg gile air)


Kiranya untuk orang yang nak berehat, hotel ni memang sesuai sangat la.
Anda perlu cuba!

2.Sunway Resort Hotel & Spa


Ni merupakan hotel kedua dalam list saya kalau nak berehat. Saya suka sebab hotel ni sebelah Sunway Pyramid. Ada laluan pun dari hotel nak ke shopping mall. Kat sini selalunya kami akan pegi main bowling, memanah, tengok wayang dan makan2 kat mall. Balik bilik untuk solat dan tidur aje. 
Kalau nak pegi Sunway Lagoon pun senang. Dari bilik dah boleh nampak.

So, ini adalah hobi saya yang agak berkos namun sangat berbaloi. Tak perlu amalkan selalu. Sebulan sekali pun jadila. 

Anyway, anda nak beli produk Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi saya
0173618483



Thursday, October 16, 2014

Keistimewaan GLA Complex- Cabaran 8 Hari Entry

Salam & Hi


Anda ada pernah dengar pasal GLA Complex Shaklee?
Tahukah anda apa bagusnya GLA Complex ni dan apa kegunaanya? 





Hari ni saya nak cerita sikit mengenai GLA Complex Shaklee.
GLA ni merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 
Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mendapati terdapat elemen menarik yang dapat di ekstrak dari biji everning primrose. Kajian mendapati bahawa minyak everning primrose kaya dengan asid lemak perlu (EFAs) iaitu linoleik asid (LA) dan asid gamma linoleik (GLA). Hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian kerana ianya amat bermanfaat untuk kesihatan. 

Evening primrose



GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin yang dipercayai terlibat dalam pelbagai proses di dalam badan kita termasuklah sistem pertahanan badan. Kebanyakan GLA dalam badan adalah dalam bertu linoleik asid yang akan di metabolis kepada GLA. Kebanyakan orang hanya mengambil  sedikit sahaja linolik asid dalam menu harian, maka hanya sedikit yang akan ditukar menjadi GLA. Sesetengah penyelidik menyatakan bahawa sesiapa yang ada masalah diabetes atau allergik berpunca dari kurangnya GLA dan dicadangkan untuk mereka supaya mengambil supplement GLA. Kajian juga mendapati GLA mampu memperlahankan atau memberhentikan pertumbuhan sel-sel kanser. (sumber www.cancer.org.)


GLA dapat membantu dalam:

· Membantu dalam masalah kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam melambatkan proses menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Memperlahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.

Jadi, siapa perlukan GLA?
Haa since GLA ni sangat bagus untk kesihatan, rasanya sesiapa saja yang ingin sihat sesuai untuk amalkan GLA.  

Disini saya nak share beberapa testimoni pengguna GLA.





So tunggu apa lagi, dapatkan GLA Complex anda dari saya. Konsultasi akan diberikan secara percuma,

Nak dapatkan GLA anda? KLIK SINI!

 atau hubungi saya 0173618483.
Kita boleh sembang panjang mengenai produk Shaklee.
Kalau nak join Shaklee pun, sila hubungi saya.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana saja anda berada.




Resepi Meggi Bandung Sedap!

Salam & Hi


Hari ni saya nak share resepi meggi favorite saya.
Meggi je?
Haha ini bukan sebarang meggi ok.

Resepi ni saya dapat hampir 15 tahun dah. Memula yang buat meggi bandung ni adalah Cikgu Aziz, warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Dr Burhanuddin, Taiping Perak. Beliau dulu warden asrama + dia bukak cafe kat hostel. So beliaula yang mulakan menu ni. Saya memang suka sangat so saya pun amek resepi dari beliau. Thanx cikgu! Sampai sekarang meggi ni jadi kegemaran saya + adik dan ada sesetengah kwn2.

Oklah, bahan-bahannya adalah:


1. Maggi Perasa Ayam. Perasa lain tak boleh ok.
2. Telur sebiji
3. Sos cili biasa or Thai. Tengok mana anda suka.
4. Air untuk masak meggi.

Cara-caranya:

1. Masukkan air dalam periuk. Banyak mana? Macam biasa anda masak meggi. Kalau suka banyak kuah, bubuh air kasi lebih.
2. Masukkan meggi + perencah dan kacau.
3. Cuci telur dan masukkan telur. Lepas masukkan telur, pastikan anda terus kacau. Biar kuning telur tu pecah. 


4. Masukkan 3 sudu besar cili sos @ ikut selera anda.Kacau sampai sebati.
5. Siap!


Anda boleh bubuh sayur-sayuran macam carrot, sawi ke, tak pun nak bubuh udang atau sotong pun boleh. Bagi penggemar cili api@cili padi, anda boleh bubuh jugak.

So, selamat mencuba ye.

Nak beli produk Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi saya 0173618483