Love Of MyLife

Love Of MyLife

Tuesday, October 21, 2014

My Little Family

Salam & Hi


Hari ni saya nak cerita mengenai keluarga kecil saya.
Alhamdulillah, saya selamat mendirikan rumahtangga tanggal 29 Januari 2010 setelah hampir 4 tahun berkawan. Hehe saya kawin ngan kawan baik saya masa balajar dulu. Memang tak sangka sebenarnya tapi kalau jodoh tak kemana.. Yang best, kami berkongsi hobi dan minat yang sama. So bestla sebab bleh share sume mendakan. Doakanla semoga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya. 

Hobi kami- bergambar





Untuk pengetahuan semua, majlis saya buat kat Dewan Bandaraya Ipoh. Bangga jugakla kan sebagai anak jati Perak, dapat wat majlis kahwn kat dewan yang sangat berseni + cool  tu kan.
Oh lupa nak bagitau, saya ni orang Ipoh dan Encik suami orang Gopeng. 




Next, rezeki Allah nak kasi, lepas kawen saya terus hamil. Bak kata orang bunting pelamin. Alhamdulillah. Walaupun sebenarnya tak sangka akan mengandung awal sebab kami dah ada banyak plan untuk honeymoon. Tapi since saya pregnant, sume plan tu terpaksa dibatalkan.

Alhamdulillah jugak, sepanjang tempoh kehamilan, saya langsung tak hadapi apa2 masalah. Takde morning sickness sume. Ada fibroid dalam uterus pun, fibroid tu tak membesar. Maintain kecik je. So takde pape masalahla. Cyst pun mengecut dan hilang masa mengandung tu.
Masalah saya masa preggy tu hanyalah saya kuat makan. Pergi keje kul 8am, kena makan dulu. Pukul 10am makan lagi. Kul 1pm wajib lunch + tido jap before zohor. Pukul 3pm makan. Sampaila supper, Makan je kejenya. Hehe tapi takpe, sume tu tak jadi masalah sebab saya sihat dan takde masalah kesihatan. 

Tanggal 11 November 2010, saya selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Nur Ayatul Husna, Alhamdulillah proses bersalin tu mudah dan sekejap je. Allah memang permudahkan urusan kehamilan dan proses kelahiran anakanda saya, 

Anakanda saya Nur Ayatul Husna (nama sempena tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih)
Doakan supaya Husna jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat ya.

Ayatul Husna- 3 jam lepas lahir


Ayatul Husna-4 tahun


My lil family

Keluarga saya


Keluarga mertua saya

So itu sajalah cerita saya pasal family saya.
Satu pesanan buat ibu2 hamil diluar sana, amalkan baca yassin setiap kali lepas solat dan ingatlah bahawa restu dan redha suami tu penting. 

Kalau anda yang hamil ada masalah anemia atau ingin kekal sihat, anda boleh cuba set ibu hamil shaklee.


Klik sini untuk dapatkan Set Ibu Hamil Trimester 1


Klik sini untuk dapatkan Set Ibu Hamil Trimester 2 & 3


atau anda boleh hubungi saya
0173618483

4 comments: