Love Of MyLife

Love Of MyLife

Friday, October 10, 2014

Cabaran 7 Hari Entry- Homemade Recipe, Pancake Istimewa Pembuka Selera

Salam & Hi


Waaa tajuk hari ni sangat best. Bab makan-makan ni memang saya suka.Walapun tak berapa pandai nak masak, saya sangat berminat untuk masak. (Kadang2 apa yang saya masak pun saya taktau). Untuk pengetahuan semua, saya mula memasak hanyalah selepas kahwin. Tu pun sebab kahwin. Buka buku resipi sana, google resipi sini. Hanya sebab nak masak untuk suami tercinta. Dan Alhamdulillah saya dah boleh masak sekarang walaupun tak sehebat Chef Wan.

Oklah, hari ni saya nak share resepi pancake kegemaran anakanda tercinta Ayatul Husna.
Sebenarnya resepi pancake ni dari mak saya. Memang dari kecil mak selalu buat pancake untuk kami adik beradik. Yang penting pancake ni pembuka selera Husna. Pagi-pagi bangun kalau tanya nak breakfast apa, jawapan Husna mestilah pancake atau roti telur + jam strawberry. Macam yang kita tau, anak-anak ni selalu ada masalah kurang selera makan. So bila dah ada menu yang mereka suka, rasa senang hati sikit.


Resepi Pancake Kasih Sayang (nama konon2 jela)

Bahan-bahannya:


1. Tepung naik sendiri @ tepung gandum. Saya lebih suka tepung naik sendiri sebab pancake akan jadi gebu ala2 pancake brekpes kat hotel. Hehe
2. Gula 
3. Telur
4. Butter
4. Susu (Susu Husna ni. Anda boleh bubuh apa2 jenis susu tepung yang anda or anak anda guna. Kalau untuk kanak2 better bubuh susu yang diaorang minum, baru diaorang tertarik ye tak?)

Cara-caranya:

1. Masukkan 2 cawan tepung naik sendiri + 3 sudu susu dan gula secukup rasa. Bab gula tu, kena budget ikut tahap kemanisan yang anda suka.

2. Masukkan 2 cawan air dan kacau hingga sebati.

3. Masukkan telur. Pastikan basuh dulu telur tu ye. 

4. Kacau sehingga betul-betul sebati. 

5. Pastikan adunan tidak terlalu pekat macam nak buat cucur ikan bilis tu. Buat cair sikit. Kalau adunan nampak pekat, tambah air. 

6. Dengan gunakan kuali, cairkan 2 sudu butter. Jangan kasi hangus pulak. Then masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau hingga sebati sebelum butter tu membeku semula.

7. Biarkan adunan dalam 10 minit. Kemudian bolehla masak pancake.

8. Gunakan planta @ butter sebagai ganti minyak. Masak pancake dengan api sederhana hingga pancake betul2 masak.

Haaaa siap dah. Bolehla anda cuba untuk bagi anak anda makan. Anda pun boleh tumpang sekali.



Moga resepi ini bermanfaat dan membuka selera anda dan anak anda.


Anyway, nak beli produk Shaklee?
Nak join Shaklee bersama kami?
Hubungi saya 0173618483

2 comments: