Love Of MyLife

Love Of MyLife

Thursday, October 2, 2014

Kenapa Vampire Tak Suka Garlic aka Bawang Putih!

Salam & Hi.


Dari kecil sampailah sekarang, kita tau satu fakta pasal vampire.
Kalau tengok citer vampire ke, kartun ke, mesti ade part yang tunjuk vampire sangat takutkan bawang putih. Kenapa ye? Sebab baunya ke? Sebab bentuknya ke? Secara logiknya, memang tak dapat nak fikir kenapala vampire tak suka bawang putih. Kalau kita kat Malaysia ni, kalau masak banyak guna bawang putih lagila sedapkan? Baru2 ni saya ada blajar pasal bawang putih.
Rupa2nya bawang putih ni banyak khasiatnya. Mungkin dalam banyak2 sebab ni, ade sebab yang merupakan sebab utama vampire tak suka bawang putih. So meh saya nak citer sket pasal bawang putih ni.



Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum tergolong dalam kumpulan herba. Mengikut kajian, ianya mengandungi beratus komponen dan di antaranya adalah 23 jenis kompaun sulfur. Mengikut sejarah kaun India telah menggunakan bawang putih sebagai ubat-ubatan lebih dari 5000 tahun yang lalu manakala kaum cina telah menggunakannya dalam perubatan lebih dari 3000 tahun. Aristotle dan Hippocrates jugak ada mencatatkan bahawa bawang putih amat berguna dalam perubatan.

Dalam perubatan Cina, Ayurvedic dan naturopathic, bawang putih digunakan sebagai antibakteria, dan antivirus. Ada juga menggunakan bawang putih untuk mencuci luka. Pada tahun 1858, Louis Pastuer telah membuktikan bahawa bawang putih memiliki aktiviti sebagai antibakteria.
Setelah kajian dibuat, ianya membuktikan bahawa bawang putih mampu membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti batuk, bronchitis, pneumonia, darah tinggi,demam, ulser perut, cirit birit, sinus infection, jangkitan pada vagina dan otitis media. Bawang putih juga mampu menjadi antioksidan.

Bahan aktif dalam bawang putih

1. Allicin. Ianya mempunya aktiviti sebagai antibakteria dan juga mampu merendahkan tahap kolesterol dengan meningkatkan HDL (Kolesterol baik) dan merendahkan LDL (Kolesterol jahat). Jadi ianya sangat membantu dalam menghindarkan masalah atherosclerosis. Allicin juga mampu merendahkan paras gula dalam darah. 

2. Ajoene. Bahan yang membantu dalam merendahkan paras kolesterol. Juga dipercayai mempunyai keupayaan sebagai antivirus dalam menentang HIV.

3. Diallyl Sulfide dipercayai mempunyai keupayaan sebagai antitumor. Ianya meningkatkan paras glutathione S- transferase yang berfungsi untuk menyingkir carcinogen. Ianya juga mempunyai keupayaan sebagai antivirus dan menghalang HIV, herpes simplex dan cytomegalovirus.

Haaa banyakkan kelebihan bawang putih? Mungkin kerana ianya mempunya antivirus dan antibakteria lah vampire tak suka bawang putih. Takut nanti vampire kembali menjadi manusia normal <- agaknyalah.

So, rajin2lah makan bawang putih. Ianya bagus untuk kesihatan.
Kalau anda rasa anda ada masalah nak makan bawang putih, mungkin anda boleh cuba

Garlic Complex Shaklee



atau 

Hubungi saya
0173618483

Info credit to: Lecture Note Ethnopharmacology Prof Nazrul UPM Serdang.


No comments:

Post a Comment