Love Of MyLife

Love Of MyLife

Friday, October 10, 2014

Belanjawan Oh Belanjawan!

Salam & Hi



Topik hangat arini bermula petang tadi taklain tak bukan pasal belanjawan 2015 la.
Amacam, ok tak rasanya belanjawan kali ni?
Bagi saya, agak mengecewakan sebab takde kenaikan gaji. Tapi masih bersyukur sebab ada jugakla bonus walaupun hanyalah setengah bulan gaji. Bila la agaknya dapat merasa dapat bonus 6 bulan gaji ek.

Apapun, saya tak dapat dengar belanjawan dari awal sebab ada kelas petang tadi. Masuk keta, on radio dapatla dengar. The best part is, bila bukak je radio PM aka Najib Razak tengah cakap pasal GST. Beliau senaraikan barang yang tak jadi dikenakan GST. Antaranya adalah MEE KUNING.
Masa beliau sebut mee kuning tu, rasa nak gelak pun ada. Dalam hati cakap, Alhamdulillah dapat lagi makan mee since saya memang peminat setia mee. Hahaha untungla kan. (Krik krik krik krik)




Selain itu agak bersyukur pasal pembinaan lebuhraya dari Taiping ke Banting. Harap-harap dapat kurangkan kesesakan lebuhraya utara selatan. Maklumla sekarang ni kalau nak travel dari KL ke arah utara, memang akan jadi igauan ngeri tambahan masa musim perayaan. Rasanya dah ramai merasa kan. Macam Aidiladha aritu, on of my friend bertolak dari Slim River nak ke Selama Perak. Perjalanan yang sepatutnya ambil masa 3-4 jam jadi 7-8 jam. Bayangkan 7-8 jam dalam kereta. Nak ke toilet pun harusla beraturkan. Mudah-mudahan dengan adanya lebuhraya Taiping-Banting nanti, masalah ni dapat diatasi.



Next. pasal BR1M. BR1M memangla naik kan. RM650 jadi RM950 untuk pendapatan seisi rumah bawah RM3000 kalau tak silap. Untuk orang yang duduk kat Putrajaya atau kawasan bandar, yang sudah berfamily dan berpendapatan sederhana nilai Rm3000 tu takdela besar mana sangat. Tolak sewa rumah RM700-RM800, beli barang rumah, perbelanjaan anak2 dan macam2 lagila, agak2 berapa banyak duit yang tinggal ek. Dengan harga barang yang makin meningkat, saya rasa golongan-golongan ini perlu dipertimbangkan untuk menerima BR1M. Dengan ini, saya rasa syarat penerima BR1M itu harus diteliti semula. Peace!




Last but not least, elaun kritikal naik lagi. Walaupun tak berkaitan dengan saya, ianya masih juga mnjadi isu kepada para JTMP semua. Kenapa? Kami kecewa kerana jawatan Juruteknologi Makmal Perubatan masih tak dapat elaun kritikal. Nak katakan kerja sebagai JTMP ni takde kritikal sangat, rasanya perlu bawak yang berkenaan untuk melawat Jabatan Patologi bagi setiap hospital.
Biar mereka lihat kritikal ke tak keje JTMP ni.  Kalau nak bagi, biarlah adil dan setimpal dengan kerja. 

Okalah, setakat ini dulu ulasan tentang belanjawan. Saya harapkan belanjawan 2016 akan jadi lebih baik dari yang 2015 punya. Dan harap harga barang tak naik lagi.


Anyway, nak beli produk Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi saya 0173618483

2 comments:

  1. tadi saya pun tak sempat nak dengar bajet..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde pe menarik pasal budget mama. Mee kuning je kot menariknya.

      Delete