Love Of MyLife

Love Of MyLife

Saturday, October 11, 2014

Cabaran 7 Hari Entry- Restoran Kegemaran Saya

Salam & Hi


Bercakap pasal menda yang berkaitan dengan makan, memang saya suka.
Iyalah, sape tak suka makan kan.
Saya memang tergolong dalam orang yang suka jalan2 cari makan.
So saya nak story sket pasal beberapa restoran kegemaran saya.

Check it out!

1. Restoran Kelab Tasik Putrajaya


Walaupun nama restoran agak menggerunkan, bagi saya ianya masih restoran yang mampu dikunjungi. Bukan nak cakap semua makanan kat sana sedap, cuma ada certain masakan yang saya suka. Contohnya Butter Prawn. Tak tau kenapa, banyak restoran lain yang saya dah cuba butter prawn tapi saya still suka yang kelab tasik putrajaya punya. Taktaula ape diaorang punya secret ingredients. Kalau pegi makan kat sana, antara lauk yang wajib saya order adalah of course Butter Prawn, Daging Black Paper dan juga Ikan Masak Halia.
Sape2 yang datang Putrajaya, anda bolehla cuba datang ke Kelab Tasik Putrajaya.

Butter Prawn

Saya & Family-> Lunch

2. Restoran Muhammad Chan Abdullah

Restoran ni pun antara yang saya suka. Actually saya suka makanan Chinese style so menu2 kat restoran ni memang kena dengan selera saya. Kalau makan kat sini, selalunya saya akan order DimSum yang supersedap. Hehe tu pembuka selera je tu. Kalau tak makan nasi goreng yang ada macam2 jenis tu, saya akan order nasi putih + lauk2. Lauk favorite saya kat sini adalah ayam masak telur masin. Perghhh memang sedap. Ketam telur masin lagi la sedap. Tapi sebab ketam mahal, selalunya saya akan makan ayam la. Restoran ni ada banyak cawangan tak silap. Yang tau ade kat Bangi dan Shah Alam. 




Contoh menu. Thanx Mr Google


3. Restoran Muara Sungai Duyong, Melaka.

Haaa kali ni jauh sikit. Jauh2 pun dah banyak kali saya pegi.
Apa istimewanya restoran ni?
Semestinya seafood yang lazat. Muahaha, dari ikan bakar sampai la hasil2 laut yang lain.
Rasanya kalau orang Melaka, mesti tau tempat ni.
Paling suka bila order lauk banyak2 then tak payah makan nasi. Ratah lauk je. Ikan bakar kat sana memang superb la.

Ikan Bakar- Thanx Mr Google



4. Restoran Almaeda Ayer @8 Putrajaya
Ni merupakan kedai nasi arab kesukaan saya selain Saba Restaurant. Kalau dah kedai arab, macam2 makanan arab ada. Encik Suami saya suka makan Lamb Kabsah & saya plak suka Chicken Kabsah. Ada pelbagai lagi la menu  yang lain contohnya Lamb/Chicken Hannith atau Mandi.
Baru-baru ni saya telah cuba satu menu yang before ni bila tengok nampak cam xsedap je. Tapi bila dah rasa, perghhhh meleleh air liur. Apa saya makan?
Hehe saya cuba Chicken Akdah.
Chicken AKdah ni makan dengan roti arab. Yang penting kena makan time panas2.
Kalau bab minuman pulak, anda perlu order jus buahan2. Sebabnya memang diaorg guna fresh fruit utk buat jus. Sebijik macam kat arab. Saya paling suka jus Mangga. Hehe

Saya + Encik Suami


5. Lain2 restoran yang saya cadangkan adalah:

-Restoran Ole-ole Bali


- Restoran Koh Samui, Ipoh




Itu saja cerita saya pasal tempat makan kegemaran saya.
Apapun syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari ALLAH SWT.
Moga dilimpahkan lagi rahmat dan rezeki olehNYA.
AMIN..


Nway, nak beli produk SHaklee?
Nak Join team Shaklee kami?
Hubungi saya 0173618483

No comments:

Post a Comment