Love Of MyLife

Love Of MyLife

Tuesday, October 7, 2014

Cabaran 7 Hari Entry- 3 Fakta Menarik Mengenai Diri Saya

Salam & Hi


Hari ni bermulalah cabaran 7 hari entry. Moga ALLAH permudahkan segala urusan.
First of all, Selamat Hari Raya Aidiladha!




Sebelum mula, nak intro sikit. Nama saya Nur Atifah Binti Mat Radzi. Orang Ipoh tapi menetap kat Putrajaya sebab keje kat Hospital Putrajaya. Sekarang ni ngah cuti belajar. InsyaALLAH setahun lagi dah boleh grad. Doakan2 ye. 

Check It out -> 3 fakta menarik mengenai diri saya.

1. Saya ada seorang yang  bercita-cita tinggi. Kenapa? Sebab saya tak pernah putus asa dengan apa yang saya cita-citakan.Contohnya, bab sambung belajar. Ramai yang cakap saya tak perlu nak sambung belajar since saya dah ada kerja tetap. Lagi pun faktor umur menjadi isu. Namun begitu, bagi saya cakap orang tu adalah cabaran bagi diri saya. So saya teruskan juga. Alhamdulillah ALLAH mempermudahkan urusan saya dalam menuntut ilmu. Walaupun dah berkahwin dan ada anak, semua tu tak menghalang saya untuk belajar. Yang paling saya gembira adalah kerana kesungguhan saya ini, ramai rakan-rakan saya mula sambung belajar. Alhamdulillah.  Saya harap saya akan terus bercita-cita tinggi dalam berSHAKLEE. Moga ALLAH permudahkan urusan Shaklee ku. Amin  

Saya seorang student

2. Saya suka aktiviti lasak. Walaupun orang dah jadi mak budak, saya still suka aktiviti lasak. Cuma aktiviti terpaksa dikurangkan kerana terikat dengan komitmen lain. Dulu sebelum kahwin, dalam bulan 12 gitu  (Kahwin bulan 1) saya + Encik Tunang dan kawan-kawan telah mencabar diri kat Skytrek Adventure Shah ALam. Walaupun tak berapa nak lasak, tp still memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Panjat pokok, flying fox dan macam-macam lagi la. Baru ni setelah hampir 4 tahun gantung kasut, saya mula berjinak-jinak balik dengan aktiviti memanjat-mnjat ni. Team Hospital ada buat aktivit panjat Broga Hill. Walaupun tinggi 400meter je, namun dengan stamina yang 0% memang ke laut jugak la. Nasib baik jugak la berjaya sampai puncak. My next mission, saya sangat bercita-cita nak try bungee jump. Mungkin saya boleh mula dengan Bungee jump kat Sunway Lagoon kan? 
Skytrek Adventure




 Broga Hill


3. Saya penggemar kasut. Dari kasut sukan sampai la kasut ala-ala gegurl penuh satu almari.Suka beli walaupun jarang pakai. Yang jarang pakai tu kasut ala-ala princess la. Saya lebih selesa bersneakers kemana saja saya pegi. Walaupun berbaju kurung. Takpun pkai Crocs je senang. Nak jalan2 pakai sandal memang takla. Selain dari sneakers, pernah jugak la suka wedges.Bila dah ade anak, nak berdukung bagai, wedges tersadai dalam kotak. 

Koleksi kasut kegemaran- Tiap2 hari tukar.

Yang tersadai dalam kotak

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. So sekarang anakanda saya Ayatul Husna pun dah mula suka fesyen ala2 saya.

Antara kasut Husna yang ada. Yang lain ade kat kampung.

Maka, abes sudah 3 fakta mengenai diri saya.
Sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH dan kekurangan itu datang dari diri saya sendiri.



Anyway, nak beli Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi saya 0173618483
SID anda area Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan berhampiran.


No comments:

Post a Comment