Love Of MyLife

Love Of MyLife

Tuesday, October 14, 2014

Penawar Musibah

Salam & Hi



Kalau sebut pasal musibah, rasanya semua orang pernah dilanda musibahkan.
Kadang2 menda yang jadi tu tak kita sangka. Pastinya kita akan mengeluh pada ketika itu, namun tanpa kita sedar sebenarnya ALLAH menguji kita dengan musibah kerana DIA tahu kita mampu menghadapinya.
Saya sendiri pun takla 'sekuat' mana. Kadang2 merungut juga mengenangkan apa yang berlaku. Tapi bila fikirkan balik apa yang berlaku, saya amat yakin dengan ALLAH bahawasanya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. So saya akan usahakan yang terbaik untuk menghadapi setiap apa yang ALLAH berikan pada saya dan keluarga dan pastinya saya sentiasa berdoa agar ALLAH tidak 
menguji saya dengan apa yang saya tak mampu lalui.

So kat sini saya nak share sikit info mengenai penawar musibah.
Moga bermanfaa ya!

Imam Abu Al-Farj Ibnu Al- Jauzi menggariskan bahawa penawar iaitu ubat bagi yang terkena musibah adalah:

1. Hendaklah seseorang itu menyedari bahawa dunia ini tempat ujian dan kesusahan bukan tempat bersenang-lenang.(ni mmg selalu kita lupa)

2. Hendaklah seseorang itu yakin bahawa setiap ujian mahupun musibah itu adalah di atas ketentuan ALLAH.

3. Bagi yang ditimpa musibah, harus melihat pada musibah yang lebih besar yang pernah menimpa orang lain agar dia menjadi orang yang bersyukur dan redha.

4. Hendaklah yang ditimpa musibah itu mengharapkan ganti yang lebih baik daripada ALLAH.

5. Hendaklah sentiasa mengharapakan ganjaran pahala dari ALLAH SWT di atas kesabarannya menghadapi ujian tersebut.

6. Sentiasa berfikir positif bahawa apa yang terjadi mesti akan ada balasan yang lebih baik dari yang sebelumnya.

7. Menganggap musibah yang menimpa diri adalah kerana ALLAH menyayangi dan memilih kita untuk merasai kasih sayangNYA.

8. Memahami bahawa musibah yang berlaku bukan untuk selamanya.


Semoga anda mendapat manfaat dari info ini.




Sesungguh kalau kita rasa kita susah bila ditimpa musibah, ingatlah bahawa ada manusia lain diluar saya yang ditimpa musibah yang lebih besar dan berat.



Anyway, nak beli produk Shaklee?
Nak join SHaklee?
Anda boleh hubungi saya.
Kita boleh sembang panjang.
0173618483
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Poslaju kemana saja anda berada.



No comments:

Post a Comment