Love Of MyLife

Love Of MyLife

Wednesday, October 8, 2014

Cabaran 7 Hari Entry- Percutian Idaman Saya

Salam & Hi


Bila bercakap pasal percutian aka holiday, saya memang teruja. Bak kata Encik Suami, kalau saya tak dapat bercuti, muka buruk mengalahkan cencorot, Iyalah kan, setelah penat belajar, penat kerja, kita mestila nak rehatkan badan. Dapat release tension dan yang penting sekali, dapat tukar angin.
Bagi saya, bercuti tu perlu berhabis duit. Dapat duduk hotel, dapat jalan2 dengan family, itu sudah memadai. Kalau dapat pegi tempat idaman kita, kira bonus la kan.

Bercakap mengenai percutian idaman, banyak tempat yang saya nak pergi. Namun ada satu tempat yang betul2 saya nak pegi. Kalau boleh, tetiap tahun nak pegi. Mana destinasi kegemaran saya tu?
Tadaaaaa tak lain tak bukan,

Makkah Al Mukarramah




Madinah Al Munawwarah



Alhamdulillah, dengan izin ALLAH saya dah merasa menjadi tetamu ALLAH. Oleh sebab itu jugalah saya terlalu teringin menjadi tetamuNYA lagi. Kalau ada rezeki lebih, memang tiap-tiap tahun saya akan pergi. Takde tempat lain yang lagi indah untuk merehatkan diri. Jauh dari kesibukan kerja dan aktiviti duniawi.
Ketenangan di sana amat saya rindui. 
Kehadiran saya sebagai tetamu ALLAH telah banyak mengubah kehidupan saya. Alhamdulilah walaupun tak sempurna baiknya, namun jika dibandingkan dengan 'Zaman Jahililah' saya dulu, memang banyak bezanya.
Bila tengok rezeki orang dapat jadi tetamu ALLAH, saya amat cemburu. Cemburu sebab saya tidak terpilih untuk kesana. Moga ada rezeki saya & family untuk menjadi tetamu ALLAH.


Satu kerinduan





Oklah, tempat lain yang saya teringin nak pegi adalah:

1. Istanbul, Turki.


2. Italy


3. Jepun



Cukupla kot. Haha kalau ikut hati memang nak pusing satu dunia.
Moga ada rezeki nak berholiday ke sana.
Amin....

Nway, nak beli Shaklee?
Nak join Shaklee?
Hubungi saya 0173618483

No comments:

Post a Comment