Love Of MyLife

Love Of MyLife

Thursday, October 23, 2014

Asyiknya Sakit Seorang Muslim

Salam & Hi



Bila berbicara mengenai sakit, pasti ramai yang mengeluhkan?
Maklumlah, sakit tu kan sakit.
Namun begitu, tahukah anda terdapat ganjaran bagi setiap kesakitan.
Bagi orang yang beriman, apa-apa saja yang berkaitan dengan diri mereka, adalah bernilai disisi ALLAH.
Lihat sajalah, satu tusukan duri sahaja mampu jadi penyebab keampunan ALLAH kepadanya.
Malah, kesedihan atau susah hati mampu menarik perhatian ALLAH. Kesannya, ALLAH mengurniakan rahmat, keampunan dan ganjaran.

ALLAH menyediakan ganjaran dalam semua situasi. Jom kita tengok pemberian ALLAH jika seorang muslim itu ditimpa kesakitan atau musibah.



1. Kafarah dosa

"Seseorang Muslim tidak ditimpa keletihan, kesakitan, kerisauan, kesedihan, kesusahan atau kebimbangan bahkan tusukan duri melainkan ALLAH menjadikannya sebagai kafarah kepada doasa-dosa." (Riwayat al-Bukhari)

2. Mencapai martabat Mukmin

"Setiap hamba ada martbat yang tertentu disisi ALLAH. Apabila seseorang hamba tidak dapat mencapai martabat itu dengan amalannya, maka ALLAH akan terus menguji dengan perkara-perkara yang tidak disenangi (seperti sakit, susah dan sebagainya. Perantaraan perkara yang tidak disenangi itu membolehkan dia dapat mencapai martabat tersebut."(Riwayat Abu Ya'la)

3. Gugur dosa

"Bala berterusan akan menimpa lelaki dan wanita Mukmin sama ada pada diri sendiri, anak atau hartanya (yang menyebabkan dosa-dosanya sentiasa gugur) sehingga dia bertemu ALLAH dalam keadaan dia tidak mempunyai apa-apa dosa." (Riwayat al-Tirmizi)

4. Diberi ganjaran sama semasa sihat

""Apabila ALLAH menguji seorang Muslim dengan apa-apa penyakit jasmani, maka ALLAH akan memerintah malaikat: 'Teruskan menulis ganjaran amalan yang diamalkan hamba ini (semasa dia sihat).' Sekiranya ALLAH menyembuhkannya, maka ALLAH akan membersihkan dan menyucikannya dari dosa. Sekiranya ALLAH mengambil nyawanya, maka ALLAH akan mengampuni dan merahmarinya." (Riwayat Abu Ya'la dan Ahmad)

5. Demam menghapuskan dosa

"Demam panas dan sakit kepala yang menimpa hamba ALLAH lelaki atau wanita tidak meninggalkan sebarang dosa walaupun sebesar biji sawi bagi mereka, walaupun sebelum itu mereka menanggung beban dosa sebesar gunung Uhud." (Riwayat Abu Ya'la)

Nampakkan sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN, MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.
Setiap musibah, setiap kesakitan itu pasti ada kebaikan disebaliknya.
Apa yang penting, terusnya berdoa padaNYA agar diampunkan dosa2 kita.
Lepas ni, kalau sakit, kita harus bersyukur sebab ALLAH bagi kita peluang untuk menebus dosa.
(Info dari Majalah Solusi)





Semoga bermanfaat.

Nak beli produk SHaklee?
Nak join SHaklee?
Hubungi saya 0173618483


2 comments:

  1. betapa Allah Maha Pengasih dan Penyayang pd semua hambaNYa

    ReplyDelete
  2. tula, apa yg blakunpada setiap hambaNYA pasti bersebab.

    ReplyDelete