Love Of MyLife

Love Of MyLife

Monday, July 21, 2014

DTX Complex untuk hati anda!


Sebelum nak cerita ape bagusnya DTX Complex Shaklee kepada hati anda, 
jom kita tengok, apa itu hati?



Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam badan manusia.  Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen.

Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:



1. Rembesan Hempedu

Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A

2. Bertindak sebagai Detoksifikasi

Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
Hati mengawal metabolism protein
Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul

3. Mengawal Paras Gula dalam Darah

Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif
Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin

4. Penting untuk metabolisme Lemak

Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
Makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Bagaimana kita nak jaga kesihatan hati kita? Jom kita mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai DTX Complex Shaklee Vitamin Merawat Hati kita.

DTX Complex Shaklee mengandungi ekstrak semulajadi bahan di bawah:

Biji ‘milk thistle’
Digunakan di Eropah sejak 2000 tahun lagi
Merupakan bahan utama dalam DTX
Mengandungi ‘Silymarin’ yang berfungsi sebagai antioksida

Biji schizandra chinensis
Menghalang Toksin berada dalam badan
Menggalakkan protein sintesis yang mana ia menggalakkan pertumbuhan sel – sel baru
Mengandungi Antioksida

Cendawan Reishi
digunakan secara tradisional sejak 4000 tahun dahulu di China sebagai sumber antioksida

Dandelion
Kaya dengan Vitamin A, B, C, D dan zat besi
Mengandungi ‘Cynarin’ yang melancarkan pengaliran hempedu

Kunyit
Mengandungi ‘Curcumin’ yang berfungsi untuk mencegah barah hati & kesihatan pundi hempedu

Ekstrak artichoke
Mengandungi ‘Cynarin’yang melancarkan pengaliran hempedu sekaligus  membantu mengekalkan aliran hempedu yang normal


Ciri-ciri mereka yang mengalami masalah hati:




Mata berwarna kuning
Mata putih anda akan kelihatan kekuningan akibat pengumpulan bilirubin dalam badan.

Perut menjadi buncit
Perut yang membesar bukan disebabkan banyak makan namun disebabkan oleh perut yang membengkak akibat berlakunya jangkitan dan kerosakan pada hati.

Bau mulut yang menyengat

Bau mulut seperti ikan busuk atau bawang busuk juga dinilai salah satu gangguan dari fungsi hati. Hal ini berkaitan dengan ammonia yang dihasilkan dalam tubuh.


So anda nak miliki DTX Complex Shaklee?


atau hubungi saya
0173618483

No comments:

Post a Comment