Love Of MyLife

Love Of MyLife

Friday, June 6, 2014

Memory: Holiday Phuket-Krabi Part 2

Salam & Hi!

Next Monday dah start final exam, tp mood utk study still suam2 kuku. Blog pun dah lama tak update, so malam ni b4 start study nak update blog sket.
Nak sambung story pasal holiday aritu. 

Hari ke-2 di Phuket

Pagi2 kitaorg dah siap sbb teruja sangat nak gie Island Tour. Tiket tour tu kitaorg bli kat Groupon je. Dlm RM149/pax. Termasuk lunch skali hokey. Rsanya sgt berbaloi2 la. Memula dalam pukul 9am ade tourist guide amek kitaorg kat hotel untuk ke jeti. Sampai sana, kiataorg diberi taklimat mengenai aktiviti yang ada. Siap dapat ubat tahan muntah sorg sebijik. So kitaorg mula membayangkan betapa hebatnya perjalanan kitaorg nanti.

Get ready sebelum memulakan perjalanan.

Perjalanan dari jeti tu nak ke Maya Bay amek masa dalam 1 jam. Rasa nak kuar sume isi perut walopn dah telan ubat. MasyaALLAH, Maya Bay tu cantik sgt. Memang terkejut gile. Ingatkan tempat cantik2 camtu hanya dalam lukisan je. Kat Maya Bay kitaorg pun berenang2 la menghayati keindahan alam. Walaupun cuaca agak terik, kitaorg still enjoy berenang2.







Lepas hampir 45min kat Maya Bay, kitaorg pun bersedia nak ke destinasi seterusnya. Kitaorg dibawak pusing2 area Phi Phi Island. Tersangat la cantik air lautnya. Sampai boleh nampak dasar lautla. Bot hanya berenti untuk kitaorg snap gambar je. So inilah hasilnya...










Lepas ronda2 pusing pulau, kitaorg dibawa ke tempat snorkeling. Honestly, ni adalah pengalaman pertama saya snorkling kat laut yag luas gile. Memula gayat jugakla nak terjun, tapi sebb nampak cantik sangat airnya, lalu gagahkan jugak diri. Ikan takdela kaler2 sgt. Org ckp, Pulau Redang lagi cantik. Tp utk beginner cam saya, ni pun dah cukup cantik. Nexttime bleh plan g Redang lak. Kitaorg diberi masa dalam 45min utk snorkeling kat area situ.






Pas abes sesi snorkeling, kitaorg dibawa utk lunch. Malangnya oleh sebab kitaorg kelaparan, takde 1 pun gambar makan.Yg pastinya makanan yang dihidangkan adalah Halal.

Muka2 kelaparan

Tourist guide kitaorg. Pakai topi Arale okey!

Pas lunch, kitaorg dibawa ke destinasi terakhir kitaorg utk hari ni iaitu Khai Nok Island.
Macam biase, tempatnya cantik sgt. Siap payung kaler2 lagi. Kat sini pantainya landai. So mmg bleh berjalan keliling pulau. Kat sini kitaorg diberi buah2an utk dimakan sambil rehat2. Boleh jugak swimming and snorkeling kat area situ.








 Lepas bersantai2 hampir 1jam. Kitaorg pun dibawa pulang ke jeti dan seterusnya ke hotel. Habisla satu hari yang sangat menyeronokkan dan meletihkan.



Pada malamnya, kiatorg just kuar jalan2 area Patong Beach. Dinner nasi goreng ketam yang sangat sedap + minum jus buah yang sgt asli. Bab makan, kat Phuket takdela susah sgt. Cuma restoran2 byk dibuka waktu malam. Menu2nya pulak banyak yang berasaskan seafood yg fresh2 belaka. Standby duit jelakn. Yang paling penting, jgn lupa order fruite juice. Mmg ohsem fruite juice kat sni. Pure kaw kaw. Berbaloi dengan harganya.


Pas dinner, kitaorg jalan2 area Bangla Road. Saja nk tgk camne keadaan kat sana since tempat tu tersangatla femes. Haha kepada yang ade lemah jantung, memang tak sesuai nak ke sana. 
Kenapa?
Anda nilaikanlah sendiri.









So tamatlah hari ke2 kitaorg di Phuket. Esok paginya kitaorg akan bertolak ke Krabi.
Nak tau mengenai pengembaraan kitaorg kat Krabi?
Stay tune -> Part 3


Nak beli Shaklee?
Hubungi saya 0173618483





No comments:

Post a Comment