Love Of MyLife

Love Of MyLife

Friday, June 20, 2014

6 Kebiasaan Yang Memudaratkan



Tahukah anda, ada di antara tabiat kita yang sebenarnya menjejaskan kesihatan?
Ianya dianggap remeh sehinggalah kita dapat rasa kesannya terhadap tubuh badan.
Berikut adalah beberapa tabiat yang kita selalu buat tapi sebenarnya mendatang mudarat.

1. Mengunci jam loceng


Pasti ramai yang menggunakan cara ni untuk bangun pada waktu pagi. Sungguhpun begitu terdapat kesan negatif terhadap kesihatan. Till Roenneberg, seorang pakar dari Jerman telak melakukan kajian ke atas 65 000 orang dewasa yang gemar mengunci jam setiap hari. Hasil kajian mendapati, mereka yang gemar melakukannya sedang menghadapi keadaan yang dipanggil 'jet lag sosial'. Ia bermaksud, jam loceng sebenarnya mengejutkan seseorang yang pada ketika itu sedang berada pada waktu kitaran tidur dan kesannya mereka akan bangun dalam keadaan yang tergesa-gesa malah akan tetap berasa mengantuk dan penat kerana tidak 'dikejutkan' dengan baik.

2. Mesin rumput


Kerja memotong rumput boleh dikira sebagai aktiviti fizikal yang lasak seterusnya membantu meningkatkan kesihatan. Namun begitu, ketika menggunakan mesin rumput, asap yang dibebaskan menyamai asap kereta yang bergerak sejauh 100 kilometer. Kajian menyatakan  bahawa mesin rumput menyumbang 11% pencemaran udara.

3. Duduk terlalu lama


Kajian menunjukkan jika seseorang itu duduk terlalu lama setiap hari, mereka cenderung untuk menghidap penyakit jantung ataupun kanser. Ianya juga penyumbang kepada penyakit buah pinggang dan sakit tulang belakang. Jadi, berdiri atau berjalan setiap selang 20 minit atau setengah jam bagi melegakan tekanan pada tubuh badan.

4. Menggunakan cermin mata hitam murah


Cermin mata hitam murah tidak memberi pelindungan pada mata. Cermin mata hitam yang baik dilengkapkan dengan penapis UVA dan UVB. Cermin mata hitam yang murah biasanya tiada penapis yang sepatutnya sekaligus memberi kesan yang lebih bahaya pada mata.

5. Menyalakan lilin


Dikatakan lilin memiliki 2 potensi mendatangkan bahaya iaitu mengakibat kebakaran dan mencemarkan udara akibat penghasilan asapnya. Penggunaan lilin bukanlah satu cara yang baik sekiranya anda menginginkan kesihatan yang baik.

6. Memakai selipar


Terdapat kajian yang diterbitkan dalam Jurnal of the American Podiatric Medical Association di mana mereka mendakwa kekerapan memakai selipar dikatakan boleh mencetus perubahan biokimia dalam tubuh seseorang. Selipar juga mengubah cara berjalan dan akhirnya mengakibatkan masalah lutut, punggung dan akan mengalami masalah kekejangan.

So, sesiapa yang ada tabiat ini, bolehla cuba ubah. Untuk kesihatan kita sendiri jugak.

Nak anda nak beli Shaklee?
Nak Join Shaklee?
Hubungi saya 0173618483

No comments:

Post a Comment