Love Of MyLife

Love Of MyLife

Saturday, June 28, 2014

Tips berpuasa untuk bakal ibu

Salam & Hi.


Firstly, Selamat Menyambut Ramadhan semua.


Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa sejuta rahmat buat kita semua.
Hari ni saya nak kongsi sikit tips untuk ibu hamil ketika bulan puasa ni.


Macam yang kita tahu, dalam bulan puasa ni, ibu-ibu hamil tidak boleh makan kerap macam biasa. Cuma boleh makan 2 kali iaitu waktu sahur dan berbuka. Oleh sebab itu, manfaatkanlah waktu sahur dan berbuka tu. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan kesihatan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil.

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?

 Tiada cara-cara khas untuk wanita hamil berbuka puasa. Namun begitu ada mungkin anda boleh mulakan dengan:

1. Tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah)
2. Susu atau yogurt rendah lemak
3. Sup jernih.

Kemudian, anda boleh makan menu seimbang yang mengandungi:

1. Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera
2. Protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang
3. Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh
4. Banyakkan makan sayur-sayuran.

Adakah perlu makan sahur jika berpuasa ketika hamil?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:

1. Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan menu berkhasiat
2. Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak
3. Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh ketika berbuka. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. 
Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda.

Apakah yang perlu dimasukkan dan dielakkan dalam diet ibu hamil ketika berpuasa?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan dehidrasi.

Jangan lupa makan supplement untuk memastikan badan anda sentiasa cukup nutrisi.

Set Ibu Hamil Shaklee


 Nak cuba set ni?

Hubungi saya 0173618483
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
PosLaju kemana sahaja anda berada.



No comments:

Post a Comment