Love Of MyLife

Love Of MyLife

Wednesday, June 17, 2015

Petua untuk kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan


Salam & Hi




Cepatnya masa berlalu, tetiba Ramadhan yang sangat2 dinanti tiba lagi.
Alhamdulillah syukur kpd ALLAH SWT kerana diberi peluang lagi bertemu Ramadhan kali ni.
Sempena Ramadhan ni, saya nak share sedikit petua untuk semua bagaimana anda nak kekal cergas bertenaga hinggalah waktu berbuka. Biasa la kan, awal2 Ramadhan pastinya kita pasti rasa letih dan tak bertenaga. Maklumla before ni, perut sentiasa kenyang. Siap berkudapan masa wat kerja lagi kan.
Pastinya perut terkejutla bila tetiba je tak di isi. Bila perut kosong, kita mulala jadi tak bertenaga.
Nak wat kerja simple pun rasa malas sebab tak larat.

So ni ade sedikit tips untuk anda. Selamat mencuba.
Check it out!

1. Bersahur
Adalah diharuskan untuk bangun bersahur sebelum menjelang subuh. Lagi lewat lagi bagus, asalkan sebelum subuh la kan. Sahur ni macam sarapan pagi la cuma awal sikit dari biasa punya sarapan. Macam yang kita tau, sarapan ni sangat penting untuk membekalkan anda tenaga sepanjang hari. Sama juga la dengan bersahur, Haa nampak tak pentingnya sahur tu. Juga dicadangkan agar anda mengambil minuman dan makanan yang bergula atau tinggi karbohidrat agar ianya dapat membekalkan tenaga supaya badan kekal bertenaga. Maklumla gula dan karbohidrat yang kita ambil tu akan ditukar kepada tenaga. So kalau dari sahur kita dah takde bekalan tenaga, maka sudah pasti tenaga kita akan berkurangan. Takdela bekalan tenaga sementara tunggu berbuka.

2. Banyakkan Minum Air Kosong
Macam biasa, bila bulan Ramadhan tiba pastinya air manisan menjadi pilihan  orang ramai manakala air kosong dilupakan. Kalau berbuka mesti ade air tembikaila, air cincaula. Tidak salah minum air manis2 ni cuma air kosong juga mestilah diminum sekurang-kurangnya 6 gelas sehari. Ini adalah untuk segarkan badan kita. Badan yang lesu akan buat kita rasa letih. Maka jangan lupa minum banyak air kosong ye.

3. Berbuka dengan Kurma
Pengambilan kurma masa berbuka adalah sangat digalakkan kerana kurma dapat memberi tenaga yang lebih cepat kepada tubuh setelah berpuasa sepanjang hari. Bak kata Ustaz Jafri Mahmoodi, kita berbuka dulu dengan kurma, then pergi solat maghrib. Lepas solat tu barula makan juadah berbuka. Bukan apa, kalau berbuka kita dah makan makanan yang berat2, solat pun pasti kita lewatkan. Sebab badan kita akan rasa letih pulak sebab masa ni la badan kita  nak proses apa yang kita makan.
So beringat-ingatla masa berbuka.

4. Suplemen sebagai Makanan Tambahan
Dalam pada masa yang sama, saya cadangkan kepada anda untuk mengambil suplemen sebagai makanan tambahan. Tidak kira suplemen dari mana pun yang penting HALAL & NATURAL !! 
Bagi saya dan keluarga, sudah tentu suplemen Shaklee menjadi pilihan.

So kat sini saya nak memperkenalkan kepada anda,

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE


Performance drink ni adalah minuman isotonik yang bebas karbonat atau dalam erti kata lain takde gas la malah kurang kandungan gula. Jika anda ingin kekal bertenaga di bulan puasa sebaik-baiknya ambil suplemen agar tidak menganggu pekerjaan anda dan tidak mendorong kita untuk membatalkan puasa atas alasan letih ketika berpuasa.
Jadi performance drink ni sangatlah sesuai untuk anda seisi keluarga.

Anda nak cuba?

Dapatkan Performance Drink anda dari saya dengan harga istimewa.
Konsultasi akan diberikan secara percuma.
COD Putrajaya, Cyberjaya, UPM Serdang dan kawasan berhampiran.
Hubungi saya 0173618483



No comments:

Post a Comment